Berita Auto

Toyota Motorsports Sedia untuk 2015 Dakar Rally

Pasukan di Toyota Motorsport menarik nafas lega pada Jumaat 12 Disember 2014, apabila dua kenderaan lumba Imperial Toyota Hilux yang dibangunkan dan dibina dikeluarkan dari bengkel di Barbeque Downs – dihantar ke Buenos Aires.  Dua kereta lumba ini yang siap sepenuhnya (dipandu oleh Giniel de Villiers dan Leeroy Poulter, dengan Dirk von Zitzewitz dan Rob Howie mengendalikan tugas navigasi), bersama dengan bakkie ketiga, dibina untuk pemandu Saudi WRC, Yazeer Al-Rajhi, akan berada di garisan permulaan pada 2015 Dakar yang akan bermula pada 4 Januari di ibu negeri Argentina.

Toyota-Hilux-race4 (1)

Ia merupakan satu usaha besar yang bukan saja untuk membina, menguji dan persediaan untuk penghantaran kereta lumba, tetapi juga untuk mengejar masa untuk penghantaran 6 ton peralatan tambahan yang mengiringi kereta lumba itu bila berlepas pada minggu lepas.  Sepertimana dahulu, peralatan yang banyak telah dihantar ke Amerika Selatan oleh SAA Kargo dan akan dihantar melalui trak dari Buenos Aires ke fasiliti pemasangan Toyota Argentina di Zerate.  Sebaik saja tiba di Zerate, kereta lumba ini akan dihantar ke trim lumba dan bersedia untuk pra-lumba pada 2 Januari ini.  Walaupun perlumbaan resmi Dakar bermula pada 4 Januari ini, tapi realitinya perlumbaan bermula lebih awal untuk Pasukan Toyota Imperial South African Dakar.

Ini adalah penyertaan Toyota South Africa Motorsport yang ke-4 tahun dalam acara motorsport dunia paling mencabar.  Krew bekerja keras dan beberapa perubahan dalam peraturab dan ujipandu serta pembangunan yang signifikan sepanjang 2014, memberikan harapan tinggi bagi pasukan itu.  Perlumbaan akan bermula di Buenos Aires pada 4 Januari 2015.   Laluan itu seterusnya terbentang ke Chile dan Bolivia, sebelum kembali ke Argentina untuk acara kemuncak. Perlumbaan tahun ini akan berlangsung dalam saiz gelung benua dan oleh itu akan berakhir kembali di Buenos Aires pada 17 Januari.

Toyota-Hilux-race1

Previous post

Audi R8 LMS Cup, Alex Yoong DiNobatkan Sebagai Juara 2014

Next post

Audi Sebuah Kereta Yang Paling Terhubung

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *