Cerita Auto

Audi R8 LMS Cup, Alex Yoong DiNobatkan Sebagai Juara 2014

Alex Yoong baru saja menjuarai Kejohanan Audi LMS Cup 2014 setelah mendapat kemenangan dalam perlumbaan akhir di Abu Dhabi.  Perlumbaan mendebarkan antara Yoong dan saingan sengit dengan Andre Couto menyaksikan aksi hebat yang dipersembahkan sepanjang musim.  Ia mengambil perlumbaan ke 12 dan akhir untuk menentukan siapa bakal menjuarai kejohanan tersebut.

audiR8lms5

Yoong dan Couto adalah pelumba paling dominan dan memenangi 10 dari 12 perlumbaan dalam musim itu, dengan setiap dari mereka menang 5 kali.  Dalam pusingan ke 12, Couto bermula dari kotak permulaan dengan maksimum berat ballas 60kg, bermakna Yoong yang berada di posisi ke dua, mempunyai kelebihan dari segi berat.  Keduanya memecut kedepan sebaik saja isyarat lampu dipadamkan, dan jelas menunjukkan kedua mereka bertekad untuk merebut trofi tersebut. Sepanjang perlumbaan, Yoong dan Couto memberikan sepenuh komitmen dalam perlumbaan itu bagi tempat pertama, dengan masing-masing bergilir-gilir mendahului perlumbaan.  Namun, Yoong berjaya mendahului Couto paa pusingan pusingan akhir dan Walaupun mengakhiri perlumbaan di tempat kedua, Couto dikenakan penalti 25 saat selepas perlumbaan kerana memotong Yoong ketika diluar trek dan gagal memberikan ruang semula pada masa sepatutnya.  Penalti itu bermakna Couto hanya berada di tempat ke-9 dalam perlumbaan hari ini dan hanya mendapat tempat runner-up bagi Kejuaraan 2014.

audiR8lms2

Perlumbaan akhir mempamirkan persembahan yang hebat, dengan lapan pelumba teratas memandu rapat dengan banyak pertukaran posisi berlaku.  “Franky” Cheng Congfu dan Adderly Fong berjuang habis-habisan dibelakang dua pelumba didepan sepanjang separuh masa pertama perlumbaan sebelum pelanggaran berlaku yang memaksa mereka keluar dari trek.

Marchy Lee, Rahel Frey dan Matt Solomon meneruskan pecutan ke depan.  Di akhir perlumbaan, Lee berterusan memecut untuk memotong Couto tetapi tidak dapat melepasi pemandu dari Macanese itu.  Dibelakang Lee, Frey tidak dapat mengekalkan kedudukan dari pemandu muda dari Hong Kong, Solomon, yang mengakhiri perlumbaan di tempat ke-3.  Namun, Frey berjaya mendapat kedudukan ke-3 dalam rangking keseluruhan mendahului Cheng.

audiR8lms6

Pemandu Korea K.O. dan pemandu dari China, Sun Zheng agak terlambat memberikan saingan untuk merebut kedudukan dengan keduanya memecut di pusingan akhir untuk merapatkan jarak.  Stefano Montesi memandu dengan mantap untuk mendapat kedudukan ke -8, mendahului pemandu Emirati, Saeed Al Mehairi dan Jeffrey Lee.

Steven Lin menang kategori amatur 2014 mendahului Ashraff Dewal dan Jacky Yeung.

Brothers Racing team menang Kejuaraan Berkumpulan 2014 diikuti Teda Racing Team dan Castrol Racing Team.

Piala Four Rings 2014 bagi kumpulan Audi regional dan pengedar diberi kepada Pasukan Audi R8 LMS Cup, mendahului Kamlung Racing dan Audi Korea.

Piala Audi R8 LMS 2015 akan bermula pada 22 Mac 2015 di Selatan China, Zhuhai.

audiR8lms3

Alex Yoong:

“Saya memberikan tekanan pada Andre pada perlumbaan hari ini.  Dan ianya berhasil! Saya amat gembira dengan kemenangan ini”

André Couto:

“Ia adalah musim yang hebat.  Saya memberikan segalanya.  Saya mahu menjadi juara.  Saya berpuas hati dengan prestasi saya”

2014 Audi R8 LMS Cup

Provisional Overall Classification – Top 5

Overall Ranking Driver Team Total Points Gap to leader
1 Alex YOONG

熊龙

Audi TEDA Racing Team

奥迪泰达赛车队

189 0
2 André COUTO

安德烈·库托

Brothers Racing Team (BRT)

好兄弟赛车队

177 -12
3 Rahel FREY

拉埃尔·弗莱

Castrol   Racing Team

嘉实多赛车队

148 -41
4 CHENG Congfu (Franky)

程丛夫

Audi   R8 LMS Cup Team

奥迪 R8 LMS 杯车队

130 -59
5 Marchy LEE

李英健

Audi Michelin Racing Team

奥迪米其林赛车队

113 -76

 

Previous post

Testing Pertama Vettel Dengan Ferrari

Next post

Toyota Motorsports Sedia untuk 2015 Dakar Rally

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *