Cerita Auto

Audi Sebuah Kereta Yang Paling Terhubung

Audi adalah sebuah jenama kereta yang sangat berjaya di “Connected Car Award’ anjuran Auto Bild dan Computer Bild.  Four Rings telah berjaya menerima empat anugerah keseluruhannya.  Jenama itu mendapat tempat teratas dalam kategori navigasi, Internet dan hiburan.  Audi TT* mendapat tempat teratas keseluruhannya untuk “Connected Car 2014”.

Audi-TT-instument2

“Anugerah ini adalah satu testimony kepada kejayaan kami dalam bidang perhubungan.  Terima kasih kepada sistem bantuan yang canggih, hubungan infotainmen dan komunikasi pintar kereta ke kereta, ciptaan hubungan realiti,” kata Prof. Dr. Ulrich Hackenberg, Ahli Lembaga bagi Pembangunan Teknikal di AUDI AG. Ricky Hudi, Ketua Pembangunan Elektrik/Elektronik, tambahnya:”khidmat perhubungan Audi kami meningkatkan keselamatan dijalan dengan ketara sekali, pemanduan selesa dan keupayaan.  Anugerah seperti ini mengesahkan kerja-kerja pembangunan kami yang konsisten dan memberi semangat kepada kami untuk terus menjadi perintis dalam memberikan khidmat.”

Audi cemerlang dalam kategori ‘Navigasi’ dengan pameran peta via Google Earth dan Google Street View dan juga carian point-of-interest menggunakan arahan suara.  Dalam kategori ‘Internet’, Audi menerima kemenangan dengan kelajuan tinggi LTE transmisi data, sebagai pembikin auto pertama yang mengintegrasikan sepenuhnya piawaian ini ke dalam kereta. Dalam kategori ‘Hiburan’, pengguna mengundi MMI touch dan Audi virtual cockpit untuk berada di tempat teratas.

Audi-TT-instument1

Previous post

Toyota Motorsports Sedia untuk 2015 Dakar Rally

Next post

Pusat Cawangan-Pengedar 3S Perodua ‘Hibrid’ Pertama Dibuka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *