Cerita Auto

Pusat Cawangan-Pengedar 3S Perodua ‘Hibrid’ Pertama Dibuka

Perodua meresmikan pusat 3S ‘Hibrid’ (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) di Rawang hari ini dalam usaha mereka mengukuhkan rangkaian jualan dan perkhidmatan di Lembah Kelang.  Pusat 3S ‘Hibrid’ adalah gabungan Medan Prisma Sdn Bhd, salah satu pengedar pertama Perodua – yang menguruskan operasi jualan di bilik pameran, sementara Perodua menguruskan operasi perkhidmatan dan alat ganti.  Semua di bawah satu bumbung.

WP_20141217_11_05_39_Pro

“Pusat 3S Hibrid adalah yang pertaman seumpamanya bahi Perodua dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan niaga kami, yang telah bersama kami sejak 1994,” Perodua Presiden dan CEO, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata semasa acara pembukaan resmi.

WP_20141217_11_09_44_Pro

Aminar berkata bahawa Perodua dan Medan Prisma membelanjakan hamper RM1.2 juta dan RM7 juta untuk membina dan melengkapkan outlet baru tersebut.

WP_20141217_11_09_53_Pro

“Kami menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh rakan niaga kami untuk Pusat Perodua 3S ‘Hibrid’, yang mula beroperasi pada Oktober tahun lepas, menggaji 51 pekerja dimana 21 daripadanya adalah dari bahagian jualan, manakala yang selebih 30 pekerja dari bahagian operasi perkhidmatan.  Pusat ini mempunyai kawasan tanah 52.523 kaki persegi, 25 ruang perkhidmatan dan 38 ruang letak kereta untuk kemudahan para pelanggannya.

WP_20141217_11_06_51_Pro

Pada pelancaran itu, Aminar berkata, salah satu fokus utama Perodua adalah untuk memastikan kepuasan pelanggan dijaga dengan baik untuk kekal berdaya saing dan sebagai sebahagian daripada agenda transformasi keseluruhan Perodua. Perodua mempunyai 182 jualan dan 176 cawangan perkhidmatan di seluruh Negara, yang mana lebih kurang 70% adalah jualan dan khidmat pengedar.

WP_20141217_11_08_17_Pro

Previous post

Audi Sebuah Kereta Yang Paling Terhubung

Next post

Renault Fluence 2.0L, Kini Boleh Didapati dari Harga RM99,500

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *