Cerita Auto

Ford Perkenalkan Kuga Edisi Khas, Lebih Baik, Lebih Hebat

Ford telah memperkembangkan penampilan SUV adventure-ready dengan edisi khas Ford Kuga.  Edisi khas Kuga ini boleh didapati untuk masa terhad hanya di bilik pameran Ford seluruh Negara, dan berharga RM168,888, atas jalan dengan insuran.  Edisi khas Kuga yang penuh gaya datang dengan ciri-ciri tambahan yang tidak dapat ditandingi dalam segmen SUV, termasuk:

  • Panoramic sunroof
  • 19” alloy wheels
  • Power adjustable leather seats
  • Adaptive Cruise Control
  • Ambient light with multi-colour LEDs
  • Automated Parking System
  • Collision Mitigation by Braking
  • Active Park Assist

Ford-Kuga-SE-1

Boleh didapati dalam warna Ginger Ale, Kuga adalah pilihan yang ideal untuk orang bandar yang gemarkan pada prestasi dan teknologi.  Edisi khas Kuga menawarkan penggunaan bahan api yang efisyen dengan enjin Ecoboost 1.6L, manakala kuasa output 180PS dan tork 240Nm.  Dihasilkan untuk keselamatan cemerlang, Kuga telah dianugerahkan rating maksimum 5 bintang oleh Euro NCAP selepas mencapai skor perlindungan sepenuhnya iaitu 88%, yang paling tinggi untuk SUV kompak.

Ford-Kuga-SE-5

Edisi khas Kuga juga datang dengan Plan Khidmat Tambahan Ford (ESP) untuk memberikan ketenangan tambahan kepada pelanggan.  Ford ESP adalah program penyelenggaraan 3 tahun atau 60,000km yang melindungi barangan dan buruh dengan caj percuma.  Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan khidmat penyelenggaraan, Ford ESP melindungi penggantian untuk barang rosak secara percuma, termasuk spark plug, shock absorber, belt enjin, brek pad dan wiper blade.

Untuk maklumat lanjut sila lawati www.ford.com.my

Ford-Kuga-SE-2

Previous post

Jualan Global BMW Meningkat November Ini

Next post

Ford Mulakan Program ‘Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat’ Global

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *