Berita Auto

Jualan Global BMW Meningkat November Ini

Pengeluaran BMW Group untuk kereta BMW, Mini dan Rolls-Royce meningkat sebanyak 8% dalam bulan November tahun ini kepada 188,342, terima kasih kepada permintaan kukuh yang berterusan di China dan peningkatan 20% penjualan BMW dan Mini di UK.  Penjualan kenderaan jenama BMW meningkat 6% kepada 158,953 dalam bulan November.  Penjuala kereta Mini naik sebanyak 17% kepada 29,018 bulan lepas, dilonjakkan oleh pelancaran lima pintu Mini yang baharu.  Penjualan group meningkat sebanyak 7% kepada 1.90 juta sepanjang November.  Jualan jenama BMW naik 9% kepada 1.63 juta, manakala jualan Mini jatuh 3% kepada 265,404.

BMW Group juga melancarkan khidmat kongsi-kereta di London, hanya 6 bulan selepas saingannya, Daimler menyatakan ia akan menghentikan inisiatif yang sama di UK.  Di United States, Germany dan Austria, khidmat DriverNow BMW telah pun beroperasi dengan kerjasama syarikat sewa kereta Sixt dan membenarkan pengguna yang membayar fi hanya sekali pendaftaran untuk DriveNow akan bermula dalam 3 pinjaman di Utara London dan pelanggan boleh memulangkan kenderaan yang disewa dimana saja dalam zone yang ditetapkan.

Skim ini akan mula beroperasi dengan model 210 BMW 1-siri dan Mini Countryman, yang akan dikuti oleh 30 buah elektrik i3 kompak hatchback dalam suku awal tahun. Sepanjang 2015, pengeluar automotif merancang untuk mengembangkan rangkaiannya dalam bandar kepada 300 buah kereta.  Dalam bulan May, Daimler telah menghentikan operasi Car2Go mereka dari UK, Negara yang mempunyai budaya dan tradisi memiliki kereta sendiri yang kukuh, namun akan meneruskan opersainya di bandar2 seluruh dunia termasuk Berlin dan Rome di Eropah dan Washington D.C., Seattle dan Austin di U.S.

mini_5-door_1

Previous post

Ford Teruskan Momentum Jualan Di Malaysia Dengan Prestasi Terbaik Pada Bulan November

Next post

Ford Perkenalkan Kuga Edisi Khas, Lebih Baik, Lebih Hebat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *