Gaya Hidup

Ford Mulakan Program ‘Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat’ Global

Ford Motor Company bersama rakannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) secara rasminya melancarkan kempen Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat (DSFL) di Malaysia dengan empat sesi latihan di Malaysian Agro Exposition Park Serdang pada 13-14 Disember.

Program Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat bertujuan mendidik para pemandu mengenai kemahiran yang perlu dan praktikal untuk memandu dengan selamat. Di samping membantu mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan. Latihan DSFL merangkumi sesi teori di dalam bilik darjah dan latihan amali untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

Photo 3 - Explaination on vehicle

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2013 menyatakan bahawa kemalangan jalan raya membunuh hampir 1.2 juta orang setahun, serta mencedera atau mencacatkan sehingga lebih 50 juta yang lain. Data WHO juga menunjukkan bahawa tanpa langkah sewajarnya, jumlah kecederaan ini akan meningkat dengan drastik menjelang tahun 2020.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memberitahu, secara puratanya seramai 18 orang maut di jalan raya di Malaysia pada setiap hari. Angka ini dijangka meningkat kepada 29 orang menjelang tahun 2020.

Photo 2 - Theory session

“Keselamatan jalan raya ialah isu yang serius dan sangat relevan dengan perniagaan kami,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman. “Ford percaya bahawa aspek keselamatan jalan raya adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami. Jadi, kami berbesar hati untuk melancarkan kempen Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat di Malaysia demi membantu meningkatkan kesedaran tentang amalan dan teknik pemanduan yang selamat. Sekali gus membantu menjadikan jalan raya di Malaysia lebih selamat.”

Photo 6 - Certificate Presentation

Lebih daripada 80 orang pemandu yang memiliki lesen mengambil bahagian dalam sesi latihan DSFL. Ia merangkumi tip-tip dan teknik pemanduan selamat seperti pentingnya semua penumpang memakai tali pinggang keledar, memandu tidak melebihi had laju, mengelak gangguan ketika memandu serta memastikan jarak yang selamat dengan kenderaan lain di atas jalan raya.

Di Asia, Ford DSFL kini sudah memasuki tahun ketujuh penganjurannya yang berjaya dan berperanan melatih para pemandu berlesen dari semua kelompok umur. Malaysia menyertai kempen DSFL selepas China, India, Indonesia, Myanmar, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Photo 7 - Group Photo (a)

“Kami komited untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat di mana kami menjalankan perniagaan. Selain program Geran Pemuliharaan & Alam Sekitar tahunan kami, ini adalah salah satu cara Ford melangkah lebih jauh untuk memastikan masa depan yang cerah buat rakyat Malaysia,” kata Westerman.

Ford akan melatih lebih 90,000 pemandu yang mempunyai lesen di Asia Pasifik menjelang tahun 2014. Di peringkat global, Ford DSFL kini ditawarkan di 19 buah negara, dengan lebih 500,000 pemandu dari semua peringkat umur telah mengambil bahagian dalam sesi latihan tersebut hingga ke hari ini.

Photo 8 - Group Photo (b)

Previous post

Ford Perkenalkan Kuga Edisi Khas, Lebih Baik, Lebih Hebat

Next post

Kejayaan Kereta Kompak Mitsubishi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *