Cerita Auto

Asian Le Mans 2014, 3 Jam Di Sepang – Oak Racing Menjuarainya.

Selepas tiga pusingan sebelumnya, dan kerja keras dalam sesi latihan percuma dan kelayakan, 3 Jam di Sepang bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, dan menepati sasarannya sebagai acara kemuncak untuk Asian Le Mans Series 2014.

Hanya 0.104 saat memisahkan tim LM P2 dalam pusingan kelayakan, dan tim OAK RACING berjaya mendudukki tempat #1 Morgan Judd berjaya mendahului di awal pusingan dengan baik dengan David Cheng menetapkan rentak perlumbaan.  Cheng membuka jarak 25 saat di antara Eurasia #27 LM P2 ORECA NISSAN di awal pusingan.  Setelah pemandu bertukar kepada John Hartshorne, Eurasia masih tidak dapat merapatkan jarak.  Namun begitu, selepas Ho-Pin Tung dari tim OAK mengambil alih pada 1 jam 45 minit kemudiannya, dia berjaya mengawal rentak perlumbaan dengan pusingan yang stabil untuk membawa pasukan mereka ke garisan penamat di tempat pertama, dan memberikan TIM OAK RACING menapai jumlah kemenangan ke empat bagi musim itu, Kejuaraan LM P2 Team dan jemputan menyertai 24 hours of Le Mans 2015.  David Cheng dan Ho-Pin Tung juga menamatkan perlumbaan di tempat teratas bagi Drivers Championship 2014.

sepang_le_mans1

Craft-Bamboo Racing #77 kumpulan pertama melayakkan diri dalam kelas CN, tetapi yang mendahului akan hilang dalam sekelip mata apabila Frank Yu telah diambil alih oleh Denis Lian dari tim Avelon semasa di awal pusingan perumbaan.  Namun begitu, pada pusingan 33, #21 WOLF GB08 mengambil masa agak lama di pit, dan Craft-Bamboo Racing mendapat peluang untuk mendahului semula di depan.  Selepas penetapan jarak stabil oleh Kevin TSE, beliau menyerahkan kepada Jonathan Venter yang memandu dengan begitu baik dan membawanya hingga ke garisan penamat dengan Craft-Bamboo menjuarai Team and Driver Championship 2014.

sepang_le_mans2

Dalam kategori Clearwater Racing, #33 FERRARI 458 GT3, yang bermula di tempat terakhir bertukar nasib semasa perlumbaaan untuk mendapat P1. #33 Hiroshi Hamaguchi bermula dengan agresif dan berjaya melepasi kereta dari tim AAI untuk mendahului di peringkat awal perlumbaan yang berkeputusan Clearwater di tempat pertama.   Tim AAI #91 BMW Z4, yang bermula di grid ke dua, mendahului kereta dari Tim AAI dan menang tempat kedua di kategori GT.  Namum begitu AAI #91 berjaya juga membawa Tim GT 2014 dan Driver Championship dan juga jemputan ke 24 Hours of Le Mans 2015.

Perlumbaan tamat dengan hujan lebat yang turun pada 20 minit terakhir dengan semua kereta menghabiskan pusingan dengan kereta selamat dan berakhir dengan bendera merah pada tinggal 5 minit masa perlumbaan.

Terima kasih dan Tahniah kepada semua tim, pemandu, penaja, rakan kongsi dan penyokong yang telah menjadikan minggu ini satu konklusi yang bersejarah kepada dunia.  Kami berharap bertemu kembali pada 2015!

sepang_le_mans3

 

Previous post

Honda Telah Meletakkan 300 Juta Motorsikal Di Jalanraya Seluruh Dunia.

Next post

VW Beetle – 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Uji Pandu Secepat Mungkin

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *