Berita Auto

Proton IRIZ Memenang 2 Anugerah

PROTON menang 2 anugerah utama malam semalam di Anugerah NST-Maybank Car of the Year 2014, bagi kereta terbaru mereka, Proton Iriz.  Acara itu telah diadakan di Subang dengan 70 buah kereta dicalonkan dalam 18 kategori.  Proton Iriz menang dalam kategori kereta Hatchback kompak dan anugerah Pilihan Orang Ramai.

“Kami ingin mengucapkan terimakasih kepada NST dan rakyat Malaysia untuk pemilihan ini.  PROTON sangat berbangga dengan teknolofi terkini untuk model terbaru kami dan anugerah ini mengukuhkan lagi matlamat kami untuk menghasilkan kereta yang berkualiti dengan pembaharuan yang berterusan pada keupayaan teknologi kami,” kata En. Norzahid Mohd Zahudi, CEO PROTON Edar Sdn Bhd.

Sejak Anugerah NST Car of the Year bermula pada tahun 2002, PROTON telah berjaya memenangi anugerah untuk pelbagai kategori.  Ini termasuk, Proton Saga SV dan Suprima SV dalam tahun 2013, Exora 2009, Proton Saga dalam tahun 2008 dan Proton Savvy 2006.

“Kami telah bekerja rapat dengan media dan pelanggan kami sepanjang tahun ini, dan mengumpul kritikan yang membina ke atas produk kami.  Kami menerima banyak maklumbalas yang positif untuk Proton Iriz sejak ianya dilancarkan pada akhir bulan November ini, manakala kami juga telah mengambil langkah yang perlu untuk meningkatkan tahap produk akhir kami yang akan diberikan kepada pelanggan.  Dengan kemenangan ini, kami berharap lebih ramai lagi akan datang ke bilik pameran kami diseluruh Negara untuk ujipandu kereta dan alaminya sendiri,” tambah Norzahid lagi.

Secara kebetulan, PROTON sedang menjalankan Promosi Khas Akhir Tahun dan pemilik Iriz baru akan menikmati jaminan pembuatan sehingga lima (5) tahun atau 150,000km, yang mana terdahulu dan 3 tahun atau 100,000km perkhidmatan percuma (yang mana berlaku dahulu).

Jaminan pembuatan membuktikan bahawa Proton Iriz, yang memegang rating 5-bintang oleh ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaru seperti Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) yang mengandungi sistem anti-kunci brek (ABS) dan electronic brake-force distribution (EBD), bantuan brek, Sistem Kawalan Tarikan (TCS), Kawalan Stabil Elektronik (ESC) dan hill-hold assist selain dari ISOFIX dengan top tether, adalah kereta paling selamat bagi kategorinya dan dijual pada harga yang berpatutan berbanding dengan kereta kompak dari jenama lain.

dsfP1870142

Previous post

Volkswagen Lancarkan Program Mobility Guarantee

Next post

ABT Kerjakan AUDI TT

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *