Berita Auto

Volkswagen Lancarkan Program Mobility Guarantee

Volkswagen Malaysia baru saja melancarkan program jaminan mobility sebagai sebahgian daripada usaha berterusan mereka dalam menaikkan kepuasan pelanggan.  Selaras dengan beberapa tindakan transformasi yang dipamerkan sebelum ini, lebih daripada 200 kenderaan Volkswagen akan beradadi jalanraya untuk menawarkan sokongan mobiliti bagi para pelanggannya.  Mr. Armin Keller, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia berkata, “Volkswagen adalah OEM pertama di Malaysia memulakan tajaan sepenuhnya pada program jaminan mobiliti.  Kami kini mempunyai perkhidmatan mobiliti lengkap untuk komplemen rangkaian pengedar kami yang komprehensif.

VW-Picture-22

Kini, pelanggan kami berhak untuk mengambil kenderaan ehsan dari pusat khidmat Volkswagen yang sah apabila mereka menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki atau servis, sekiranya durasi melebihi 24 jam.  “Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami akan terus melabur dalam usaha yang akan membantu menerbitkan pemilikan diperkaya dan pengalaman jenama untuk para pelanggan kami,” tambah Keller.

VW-Picture-11

 

Previous post

Sisma Auto Adakan Jualan Penghabisan Tahunan Kereta Demo. Satu Hari Lagi.

Next post

Proton IRIZ Memenang 2 Anugerah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *