Cerita Auto

ABT Kerjakan AUDI TT

Rekabentuk asal Audi TT dengan bumbung yang melengkuk adalah rekaan klasik sebenarnya.  Lebih ketara dan menjurus kepada Zeitgeist ini, edisi terbaru ini boleh dilihat di bilik pameran mereka.  ABT Sportsline mempamerkan interpretasi Audi coupe, di pameran dunia.  “Rekabnetuk asalnya memberikan banyak ruang bagi pembezaan”, kata CEO Hans-Jurgen Abt.  Pada pameran Essen Motor Show yang akan datang,  Pengeluar kereta tuner terbesar di dunia oleh Volkswagen dan Audi Group akan mempersembahkan kerangka rekabentuk badan yang komprehensif bagi edisi ini, yang sebaris dengan jumlah TT yang diubahsuai oleh ABT Sportline untuk jalanraya awam dan trek lumba, termasuk pemenang kereta jelajah DTM, ABT TT-R dari 2002, dipandu oleh Laurent Aiello.  Tidak kurang hebatnya dengan versi jalaraya TT Limited, TT Limited Widebody dan Limite II, di mana walaupun ianya dalam jumlah yang kecil, tapi menunjukkan potensi pengumpul sebenar.  Dan sudah tentunya ABT juga mempunyai 2 prestasi menarik dan pakej gaya untuk generasi kedua TT.

abt-audi-tt-02

Dengan tambahan skirt depan yang tampak lebih maskulin terutamanya, ABT Sportsline memberikan wajah yang lebih kukuh bagi  ‘TT III’ dan kini kelihatan lebih ketara.  Kerangka cermin direka khas, roda aloi hitam 20” DR  dengan tayar sporti Continental menghiasi sisi kereta.  Sudah tentu, ada rekaan alternatif dan saiz juga.  Yang paling utama adalah set belakang ABT Sportline-refined.  Manakala versi siri dengan spoiler boleh tarik dan bentuk belakang yang bulat nampak lebih elegan. Bavarian juga menggunakan sayap kekal, yang memberikan penampilan kereta lebih agresif.  Tambahan dua sisi pada skirt belakang memberikan lebih kelebaran pada model coupe sporti ini

Kereta yang akan dipamerkan di Essen menggunakan Kuasa ABT uprating berdasarkan pada 2.0 TFSI yang menukarkan 230 hp kepada 310 hp dan tork 440 Newton meter.  Kombinasi dengan dimensi model TT kompak baharu dan berat yang rendah, prestasi kereta ini mungkin tidak akan dapat dialami secara langsung di booth pameran tetapi pasti dapat dijangkakan.  “nampak pantas, memang pantas,” Hans-Jurgen merumuskan filosofi disebalik kereta itu.

abt-audi-tt-03

 

Previous post

Proton IRIZ Memenang 2 Anugerah

Next post

RON97 Habis dijual Apabila Pemandu Kereta Mewah Membeli Lebih Dari Yang Diperlukan.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *