Gaya Hidup

Chevrolet Colorado Di Tune untuk Prestasi Unggul

Motocross legenda Ricky Carmichael mempunyai trak pengangkut sempurna yang mampu pergi kemana-mana dalam Chevrolet Colorado baru untuk muatan motosikal, mountain bike dan peralatannya.  Carmichael bekerja sama dengan Chevrolet mengembangkan konsep Prestasi Colorado untuk menggambarkan kemampuan sokongan gaya hidup sebuah trak pickup Chevy baru saiz pertengahan.  Ia akan muncul buat pertama kali pada minggu ini di SEMA Show, pameran perdagangan terbesar di dunia bagi prestasi automotif dan peribadi.

“Lokasi yang sesuai untuk laluan basikal/motosikal mungkin tidak sesuai untuk trak pengangkut jadi solusinya trak saiz pertengahan seperti Colorado yang mudah dikendalikan adalah yang terbaik” kata Carmichael. “Selain dari ruang kargo yang luas untuk memuatkan motorcross bike dan mountain bike, Trak Colorado ini mempunyai prestasi yang meyakinkan untuk membawa muatan hingga ke jalan yang tidak sempurna.”

chevrolet-colorado-performance-concept-011

Carmichael berunding dengan Chevrolet tentang konsep peralatan yang unik untuk memudahkan ‘pemasangan motor dalam kargo Colorado crew cab, yang membolehkan pengangkutan barang-barang sehingga lapan kaki panjang hingga ke pintu belakang.  Konsep tambahan saiz pintu belakang membantu pastikan motor selamat, manakala bumpar belakang Colorado standard Corner Step memudahkan untuk naik ke atas kargo untuk menguatkan tali pengikat atau mengambil alatan lain.

Konsep cagakan yang diperkenalkan dalam Colorado ciptaan Carmichael telah dibina dengan misi yang sama iaitu kombinasi fungsi yang menawarkan aksesori yang boleh didapati hari ini bagi semua pelanggan Colorado – termasuk paten sistem pending GearOn™. Ia direka untuk menampung barang besar seperti motor dan beg tidur di kargo.  Ia juga boleh menampung papan plywood 4×8 kaki di atas wheelhouse.

chevrolet-colorado-performance-concept-041

Pelanggan boleh minta eksesori dipasang semasa membeli trak baru mereka supaya ianya siap sepenuhnya semasa penghantaran. Malah mereka boleh memasukkan caj pemasangan dalam bayaran pinjaman bulanan untuk Colorado dan mendapat waranti oleh General Motors. Dengan motosikal dan mountain bike selamat dipasang, pereka Carmichael dan Chevrolet  mengalihkan perhatian mereka kepada rekaan dalaman dan luaran Colorado untuk memberikan penampilan tersendiri yang  mencerminkan semangat kompetitif pelumba. Trak ini telah diberi reka dalaman berwarna kelabu matte dengan keserlahan high-gloss silver dan kuning dan grafik pengenalan Carmichael.  Roda aluminium 17 inci Z71 diserlahkan dengan warna kuning dan tayar Goodyear Duratec off-road. Konsep bar sporti juga ditambah pada trak.

Warna kuning ditambah pada rekadalaman bersama nombor lumba Carmichael iaitu 4 yang dijahit pada kepala tempat duduk depan.  Sepertimana pengeluaran Colorado, versi konsep Carmichael mempunyai sistem perhubungan yang bagus melalui Chevy MyLink dengan pemasangan 4G LTE Wi-Fi hotspot. Dipasang juga sistem kamera rearview yang boleh membantu bila berundur dengan muatan kargo yang tinggi seperti motorsikal.

Colorado memberikan kuasa enjin yang paling efisyen: yang tersedia 3.6L V-6 dinilai pada 305 kuasa kuda dan tork 269 lb-ft – dan 26 mpg di lebuh raya (model 2WD), menurut anggaran EPA. Konsep kenderaan bercirikan konsep prestasi sistem ekzos.  Kuasa itu menyokong keupayaan segment –leading termasuk kapasiti maksimum trailering 7,000 paun dengan penyediaan pakej trailering muatan berat dan kapisiti maksimum muatan 1,590 paun.

chevrolet-colorado-performance-concept-021

Previous post

Serena S-Hybrid Wajah Baharu

Next post

Pengembaraan Isuzu V-Cross – Pengalaman Hebat 4x4

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *