Cerita Auto

Serena S-Hybrid Wajah Baharu

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan Nissan Serena S-Hybrid baharu (Wajah Baru), MPV hibrid pertama yang dipasang di Malaysia.

07 SSH_Interior_Twin Seat

Serena S-Hybrid yang juga MPV no. 1 paling laris di Jepun sarat dengan inovasi, keselesaan tiada tandingan, ruang fleksibel dan penjimatan bahan api yang mendahului kelasnya. Serena S-Hybrid mula diperkenalkan di Malaysia dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Japan pada tahun 2013. Ia kini tampil dengan pelbagai ciri dan nilai tambah yang menjadikannya sebagai pencabar utama dalam segmen MPV saiz sederhana tempatan.

04 SSH_Interior_Smart & Spaciousness

Sesuai dengan popularitinya dalam kalangan mereka yang sudah berkeluarga, Serena S-Hybrid baharu telah menjalani proses gayaan semula pada bahagian luaran dan dalamannya agar tampil lebih bergaya dan dinamik. Pada masa sama mengekalkan 14 konfigurasi berbeza tempat duduknya yang unik. Dua gred ditawarkan iaitu Premium Highway Star dan Highway Star.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Selaku MPV hibrid CKD pertama Malaysia, Serena S-Hybrid baharu mewakili  sokongan ETCM dalam merealisasikan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mesra alam. Kami juga bangga untuk mengumumkan bahawa Serena S-Hybrid CKD baharu ini ialah Serena S-Hybrid pertama yang dipasang di luar Jepun.”

05 SSH_Interior_VDC & TCS

Antara ciri-ciri baharu termasuklah gril hadapan krom tiga dimensi yang telah direka semula, lampu utama LED yang pertama dalam kelasnya dengan lampu signatur LED, bampar depan yang dipasang bersama lampu kabus, serta rekaan bonet dan fender baharu. Di bahagian belakang, lampu kombinasi LED digayakan dengan garis berbentuk S yang bergaya. Ia bukan sahaja meningkatkan pandangan bagi pemandu yang menghampiri dari belakang, tetapi juga menambah sentuhan elegan pada gaya luarannya. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan acuan sisi baharu dan rim aloi bersaiz 16 inci.

06 SSH_Interior_ECO Mode

Untuk gred Premium Highway Star, Spoiler Bumbung dan Visor Pintu pula ditambah untuk meningkatkan elemen sporty. Gred ini juga dilengkapi dengan V-Kool Elite Security, Armorcoat dan Solar Gard.

Ruang kabin Serena S-Hybrid baharu adalah yang paling besar dan fleksibel dalam kelasnya. Ia mampu memuatkan sehingga lapan orang penumpang, selain menawarkan 14 konfigurasi berbeza untuk tempat duduk dan kargo. Sebuah tayar gantian diletakkan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan kini ditawarkan sebagai satu ciri standard.

08 Seat Configuration_Family of 6 Mode

Tambahan pula, bahagian dalaman pada gred Premium Highway Star yang telah ditambah baik menawarkan sentuhan sofistikated menerusi gabungan tempat duduk dibalut kulit, serta Unit Utama yang terdiri daripada Navigasi Multimedia berukuran 6.5 inci bersama Kamera Pandang Belakang, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB & Bluetooth serta panel LCD bersaiz 10.1 inci yang dipasang pada bumbung.

Serena S-Hybrid baharu dikuasakan oleh enjin petrol Nissan MR20DD empat silinder DOHC dengan sistem pancitan terus bersesaran 2.0L. Dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini dengan Adaptive Shift Control (ASC), enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 147PS dan tork maksimum 210Nm @ 4,400rpm. Enjin dan transmisi ini berupaya berfungsi dengan efisien untuk menawarkan kuasa tork yang tinggi pada kelajuan enjin rendah. Sekali gus mengurangkan tekanan pendikit, meningkatkan penjimatan bahan api, mengurangkan emisi serta mencapai bacaan 15.2km/liter dalam ujian Japan JC08. Menggunakan sistem hibrid yang ringkas dan kompak, motor eletrik ECO bertindak sebagai sumber kuasa sokongan untuk membantu enjin dan proses menjana semula tenaga. Sistem hibrid ini juga mempunyai satu unit bateri ekstra untuk menyimpan kuasa tambahan.

07 Seat Configuration_Parenting Fun Mode

Sistem S-Hybrid menampilkan satu sistem melahu Start/Stop yang akan mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti. Enjin akan dihidupkan semula apabila pedal brek dilepaskan. Ini membantu Serena S-Hybrid baharu mencapai penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya.

Keselamatan juga adalah keutamaan, dan sebagai kereta keluarga, Serena S-Hybrid baharu ini dilengkapi dengan teknologi Nissan untuk memastikan pemanduan yang selamat. Ini termasuk Dual SRS Airbags, Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake-Force Distribution (EBD) with Brake Assist (BA), Vehicle Dynamic Control (VDC) dan Traction Control System (TCS).

“Kami yakin bahawa Serena S-Hybrid baharu akan menerima maklum balas positif. Dengan kereta keluarga yang terbaik ini, kami harap dapat memainkan peranan dalam mencipta momen-momen indah untuk semua keluarga di seluruh negara,” tambah Tan.

06 Seat Configuration_2-2-2 Seat Mode

Nissan Serena S-Hybrid baharu (Wajah Baru) ditawarkan pada harga bermula RM149,500 untuk model Premium Highway Star dan RM139,800 bagi gred Highway Star (harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia). Ia turut hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu. MPV ini didatangkan dalam dua warna baru iaitu merah (Garnet Red) dan biru (Graphite Blue), di samping tiga warna sedia ada; hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver).

Sempena pelancaran Nissan Serena S-Hybrid baharu, ETCM menawarkan yuran servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun serta peluang memenangi percutian 3 hari 2 malam di Legoland Malaysia, termasuk penginapan dan akses ke taman-taman tema Legoland untuk 1,000 pelanggan pertama.

05 Seat Configuration_Back Row Playground Mode

Untuk maklumat lanjut, Para pelanggan boleh menghubungi talian Tol PERCUMA Khidmat Pelanggan Nissan 1800-88-3838 atau layari laman web www.nissan.com.my

 

AKSESORI PILIHAN

 

NO BARANGAN HARGA
Navigasi Multimedia bersaiz 6.5” dengan Kamera Pandang Belakang, Pemain DVD, ketersambungan iPod, USB & Bluetooth RM 3,300
Panel LCD bersaiz 10.1” dipasang pada bumbung RM 700
Tempat duduk dibalut kulit RM 2,800
Spoiler Bumbung RM 800
Visor Pintu RM 400
V-Kool Elite Security RM 4,600
V-Kool Armorcoat RM 2,950
V-Kool Solar Gard RM 1,500

 

**Aksesori boleh dibeli secara berasingan

P1870488

 

 

 

 

 

Previous post

Volkswagen Beetle Design Terbaru

Next post

Chevrolet Colorado Di Tune untuk Prestasi Unggul

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *