Berita Auto

Record Ulangtahun ke 35 Mercedes G-Class

Edisi G-Class yang ikonik sedang meraikan ulangtahun ke-35 yang bukan saja satu rekod dunia tetapi juga meraikan pengenalan model edisi khas.  Pengembaraan global oleh Gunther Holtorf bersama isterinya, Christine, dengan Mercedes-Benz 300 GD  bermula dengan tujuan untuk melawat seberapa banyak negara di seluruh dunia. Apabila mereka memulakan penjelajahan, G-Class mereka berusia sepuluh tahun. Hari ini, kenderaan itu sudah 26 tahun dan hanya di bawah 900,000 kilometer, dan yang lebih penting – telah melawat 215 negara.

mercedes-benz-g-class-edition-35-06

Untuk meraikan pencapaian rekod ini, kereta marathon ini akan ditempatkan di Muzium Mercedes Benz di Stuttgart, bagi pengunjung melihatnya.  Sebagai tambahan, G-Class ‘Otto’ juga akan kekal buat selamanya dalam Guinness World Records.  Bukan itu saja: oleh kerana penamat penjelajahan dunia kereta ini serentak dengan ulang tahun ke-35 G-Class, Mercedes juga akan menyerikan lagi majlis itu dengan pelancaran model edisi khas G 350 BlueTEC Edisi 35 dan G 500 Edisi 35.

Edisi khas G-Class 35 yang eksklusif bercirikan rekabentuk yang sama seperti model asal.  Malah, reka bentuk badan kereta tidak pernah diubah hampir 35 tahun dan model baru ini jelas menunjukkannya. Ia boleh didapati bagi model G 350 BlueTEC dan G500 sebagai menyambut ulangtahun mereka.

mercedes-benz-g-class-edition-35-05

Kenderaan ini dipacukan oleh roda aloi ringan 5-spoke 18 inci dalam warna hitam terang, sementara itu untuk bumpar depan dan belakang – lapisan gerbang roda, cermin luar dan bumbung didatangkan dengan warna hitam metalik. Ini berbeza dengan rekaan yang menggunakan warna putih mistik atau warna perak palladium metalik.  Juga terdapat pilihan warna hitam obsidian metalik.

Mercedes telah memperkenalkan pakej sporti, yang menawarkan gerbang roda AMG dan bagi model G 500 didatangkan dengan sistem ekzos sporti. Terdapat juga pakej krom dengan highlight krom pada gril radiator, krom surround pada suis panel pelaras tempat duduk dan pembesar suara atau panel pada ambang pintu di bahagian bagasi dengan tertera perkataan ‘Mercedes-Benz.

Reka dalaman edisi model 35 ini menggunakan tempat duduk kulit yang bermutu tinggi.  Ia boleh didapati dalam dua ton rekaan iaitu porselin/hitam or 1 ton iaitu warna hitam.  Dan kedua-duanya mempunyai jahitan tindih merah untuk menampakkan lagi karektor sporti kereta tersebut.  Ciri-ciri lain adalah seperti pakej eksklusif dengan dashboard yang dilitupi dengan kulit, stereng AMG dan trim yang direka khas dalam warna hitam lacquer piano termasuk garisan pada bumbung yang berwarna hitam Dinamica mikrofiber.

mercedes-benz-g-class-edition-35-03

Previous post

Lamborghini Aventador LP 700-4 Roadster Terima Rawatan Novitec Torado

Next post

Audi Bersedia untuk Menjuarai Perlumbaan Akhir DTM

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *