Berita Auto

Audi Bersedia untuk Menjuarai Perlumbaan Akhir DTM

Bagi Audi, musim terakhir minggu depan (17 – 19 Oktober) di Hockenheim akan menjadi lebih dari hanya acara pameran sebelum masuk musim sejuk nanti.  Lapan pemandu Audi bergabung untuk menunjukkan kekuatan prestasi tim mereka dan menjulang kemenangan pulang ke Ingolstadt.  Perlumbaan akan bermula pada hari Ahad 14.00 (siaran langsung di ARD).  Sebelum perlumbaan, peminat akan disajikan acara perdana, di mana kereta Audi bertaraf dunia ini tanpa pengendalian pemandu akan mengambil tempat di petak mula.

21 adalah nombor magik Audi sebelum musim akhir DTM di Hockenheim.  Markah ini perlu diraih untuk memenangi gelaran pengeluar terbaik dalam DTM oleh BMW.  Pasukan ini juga akan dibantu oleh tailwind gained seminggu sebelum ia bermula di Zandvoot di mana Mike Rockenfeller memegang masa terpantas bagi sesi kelayakan dan kemenangan Mattias Ekstrom dalam perlumbaan sekali lagi menunjukkan potensi Audi RS 5 DTM. Audi telah memulakan perlumbaan musim ini dengan berada di tempat teratas di perlumbaan pembuka Hockenheim pada bulan May dan dua pemandu mereka telah mewakili Audi di podium meraih kemenangan.

DTM_BMW-wins5

DTM yang baru akan mengadakan perlumbaan ke-32 di Hockenheim minggu depan. Trek sepanjang  4,574 kilometer itu hanya kurang sejam perjalanan di  selatan Frankfurt, secara tradisinya telah menjadi tempat perlumbaan bagi pembukaan dan acara kemuncak setiap musim.  Motodrom-nya dengan grandstand yang besar terletak betul-betul di tepi landasan mencipta ciri ciri stadium dan menghasilkan suasana yang unik. Jika dilihat dari penjualan tiket setakat ini menunjukkan para pelumba sekali lagi akan melalui acara kemuncak yang mengagumkan dengan hadiran peminat yang ramai.

Dalam erti kata sukan, tradisi trek curam dengan kira-kira 65 peratus pemanduan full-throttle memberikan cabaran yang menarik. ‘Parabolika’ yang panjang merupakan sektor yang paling laju di sepanjang kalendar di mana pelumba boleh mencecah hingga 260km sejam.   Selekoh tajamnya menawarkan peluang memotong yang sesuai dan juga secara optimum sesuai untuk menggunakan Sistem Drag Reduction (DRS) yang membolehkan pemandu merendahkan sudut sayap belakang dengan menekan butang pada stereng.  Sebagai tambahan, terdapat juga selekoh laju dan semi laju dan ‘Motodrom’ yang sempit di depan garis mula dan penamat – gabungan yang mencabar secara teknikal dan memerlukan perancangan sempurna dari jurutera.

DTM_BMW-wins1

Trek Hockenheim amat sesuai dengan pelumba Audi.  Mattias Ekstrom, Jamie Green dan Timo Sheider telah memenangi beberapa perlumbaan di sini.  Sejak kemunculan semula DTM pada 2000, pelumba Audi kini telah berjaya menjulang kemenangan sebanyak 5 kali, bermula dari posisi petak 13 kali dan menyelesaikan sejumlah 26 tempat podium. Mendahului senarai adalah juara 2 kali, Ekstrom, yang telah memenangi 10 piala di Hockenheim sahaja.

Sebelum perlumbaan, Audi akan membawa kereta sporti bertaraf dunia tanpa pengendalian pemandu ini ke garisan mula.  Audi RS 7 yang berkonsepkan tanpa pengendalian pemandu mampu menamatkan pusingan dengan kepantasan yang sama seperti pengendalian pemandu.  Ujian yang dilakukan memberi jangkaan masa pusingan 2 minit lebih pantas.  Melalui demonstrasi ini Audi bakal menunjukkan potensi yang hebat dari pemanduan tanpa pengendalian pemandu di mana pengeluar premium ini bakal berada di pasaran di masa depan.

AUDI-DTM-win-01

 

Previous post

Record Ulangtahun ke 35 Mercedes G-Class

Next post

Marc Marquez ke-3 & Dani Pedrosa ke-10 Dalam Latihan MotoGP Australia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *