Cerita Auto

Lamborghini Aventador LP 700-4 Roadster Terima Rawatan Novitec Torado

Edisi baru Lamborghini Aventador LP 700-4 merupakan salah sebuah kereta sporti yang paling menarik dan berkuasa tinggi di dunia.  Novitec Torado, divisyen perniagaan di Novitec Group, yang pakar dalam penghalusan automotif dari Sant’Agata Bolognese, kini memperkenalkan pilihan pelbagai rangkaian kereta yang dibuat khusus dengan dua tempat duduk yang kelihatan mewah dan dinamik.

Penampilan Novitec Torado yang dinaiktaraf  terdiri dari rekabentuk gayanya yang menarik, kecekapan komponen badan gentian karbon yang erodinamik dan roda berteknologi tinggi dengan diameter 20 dan 21 inci dibuat khusus untuk model itu. Suspensi sporti Novitec Torado direka khas untuk kombinasi tayarnya.

lamborghini_aventador_roadster_novitec4

Penalaan Novitec Torado meningkatkan keluaran kuasa enjin 12-silinder Aventador untuk 535 kW / 728 hp, dan pemasangan sistem ekzos yang berprestasi tinggi  dengan pengurusan bunyi elektronik yang aktif dengan hanya menekan satu butang dalam kokpit membuatkan bunyi enjin lebih menakjubkan. Pililhan eksklusif bagi reka dalamannya melengkapkan keanggunan rangkaian produk mereka.

Menghasilkan kereta sporti yang hebat adalah kepakaran Novitec Group. Program ‘penambahan-badan’ untuk Aventador kini telah diperluaskan dengan bahagian yang diadaptasikan kepada versi roadster dan tampak lebih hebat bila digabungkan dengan kecekapan aerodinamik yang maksimum yang ditentukan dalam ujian terowong angin yang luas.    Kesemua komponen rekabentuk badan untuk Novitec Torado diperbuat daripada gentian karbon.

lamborghini_aventador_roadster_novitec3

Wajah model Lamborghini yang canggih ini telah menjalani proses naik taraf NOVITEC TORADO yang terperinci. Bumpar depan dinaiktaraf dengan pemasangan 2 keping Novitec Torado spoiler depan dikiri dan kanan, bilah tengah dan tempat masuk udara yang direka semula. Sebagai tambahan, bahagian depannya diubahsuai dengan rekaan semula trunk lid dengan saluran udara bersepadu dan rekaan semula penarik keluar udara di bahagian cermin depan kereta.  Ujian terowong angin menunjukkan kompenen ini mengurangkan kenaikan yang negatif pada bahagian depan gandar, sekaligus memberikan kestabilan yang optimum pada kelajuan tinggi.

Pada bahagian sisi, penggoyang panel dan penutup cemin gentian karbon Novitec Torado memberikan Aventador rekabentuk gaya baru yang tersendiri.

Sayap belakang Novitec Torado bukan sahaja konsep peningkatan aerodinamik yang predominan tetapi juga memainkan peranan penting dalam penampilan sporti Lamborghini yang elegan. Bagi memastikan pelepas ruang enjin, sayap belakang dinaikkan dengan menggunakan Novitec Cantronic iaitu unit kawalan dibawah kelajuan 180km sejam.

Konsep peningkatan aerodinamik ini juga termasuk difuser khas untuk bumpar belakang yang boleh dikembangkan menjadi dua difuser yang efisyen.

lamborghini_aventador_roadster_novitec5

Pakej penampilan Novitec Torado untuk kesemua model Lamborghini Aventador samada coupe atau roadster termasuk roda tempa yang berteknologi tinggi.  Tiga keping aloi NL 1 mengisi ruang yang tersedia pada gerbang roda dan tampak lebih menarik dengan reka bentuknya yang halus bercirikan lima jejari berganda.  Diameter berperingkat pada bahagian depan dan belakang gandar menekankan lagi penampilan berbentuk baji roadster itu.  Di bahagian depan gandar dilengkapi dengan roda bersaiz 9Jx20 dan tayar Pirelli P-Zero yang berprestasi tinggi bersaiz 255/30 ZR 20. Tayar bersaiz 355/25 ZR 21 pada rim 13Jx21 memberikan daya tarikan yang optimum pada gandar belakang.

Suspensi sporti Novitec Torado yang boleh dilaraskan ketinggiannya untuk semua model Lamborghini telah dibangunkan bersama dengan KW automotive.  Sebagai tambahan kepada ujian atas jalan secara terperinci, shaker rig KW-7 dari tim Toyota Formula 1 juga telah digunakan dalam pembangunannya.  Ia membolehkan simulasi pelbagai jenis jalan raya dan urutan pusingan. Keputusan ujian ini kemudiannya digunakan untuk menghasilkan setup suspensi yang lebih sporti dan selamat. Sebagai alternatifnya, Novitec Torado juga menawarkan sport spring yang merendahkan ketinggian pemaduan bagi dua tempat duduk kepada lebih kurang 30 mm.

lamborghini_aventador_roadster_novitec6

Tidak dinafikan Novitec Torado menawarkan penalaan enjin bagi model Lamborghini yang canggih juga.  Ini adalah hasil dari ekzos berprestasi tinggi Novitec Torado dan eletronik enjin yang dikalibrasikan semula dengan mapping khas untuk injeksyen dan penyalaan, yang membuatkan kuasa output dari Aventador LP 700-4 Roadster melonjak kepada 535 kW /728 hp sementara kilasan meningkat pada 709 Nm.  Hasilnya enjin V12 memberikan respons throttle yang spontan.

Sistem ekzos Novitec Torado juga boleh didapati tanpa penalaan enjin.  Ekzos berprestasi tinggi ini datang dalam versi keluli tahan karat dan versi yang lebih ringan buatan INCONEL yang digunakan dalam perlumbaan Formula 1.  Pelanggan boleh memilih versi dengan kawalan bunyi aktif atau tanpanya dengan hanya sentuhan satu butang dalam kokpit.  Sebagai tambahan, rangkaian model ini juga dilengkapkan dengan mangkin sporti yang efisyen.  Selain dari mengoptimumkan prestasinya, ekzos berprestasi tinggi Novitac Torado juga menawarkan penjimatan berat sehingga 26 kilogram ke atas sistem pengeluaran.

Novitec Torado juga menawarkan pelbagai pilihan untuk reka dalamannya. Ini termasuk kompenen gentian karbon yang terdiri daripada panel pintu hingga pelindung instrument cluster dan juga reka dalaman yang berkualiti tinggi direka daripada kulit yang terbaik dan Alcantara dalam apa jua warna yang diingini.

lamborghini_aventador_roadster_novitec2

 

Previous post

Nissan Umum Murano 2015

Next post

Record Ulangtahun ke 35 Mercedes G-Class

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *