Berita Auto

Pendapatan Suku Tahun Daimler Meningkat 29% Hasil dari Kejayaan Mercedes

Daimler baru saja melaporkan peningkatan yang hebat iaitu sebanyak 29% bagi pendapatan suku tahun di Mercedes-Benz Cars. Ini telah memeranjatkan ramai pelabur yang agak bimbang dengan kelembapan ekonomi sekarang.  Pendapatan sebelum cukai dan faedah (EBIT) dari perniagaan berterusan di Mercedes Benz Cars, termasuk jenama Smart, melonjak ke 1.61 bilion euro (USD2.04bilion) pada suku ketiga dari 1.25 bilion euro pada tempoh awal tahun. “Hasilnya adalah jauh lebih baik daripada yang dijangkakan,” kata Frank Biller, penganalisis LBBW yang berpangkalan di Stuttgart. “Ini menunjukkan bahawa kebimbangan akan amaran keuntungan yang menjejaskan pasaran saham sejak beberapa minggu lalu adalah tidak berasas.

mercedes-benz_gla-1

Daimler dijangka akan menerbitkan kewangan suku tahunan sepenuhnya pada 23 October. Syarikat itu berkata mereka akan berpegang pada ramalan 2014 untuk setiap divisyen, termasuk Daimler Trucks, di mana pendapatan teras suku tahun meningkat daripada 17% kepada 618 juta euros.  Daimler berkata, pihak mereka akan mengkaji semula panduan aliran tunai bebas industri bagi tahun 2014. Ini adalah faktor paling utama untuk pembiayaan dividen, selepas kadar itu melonjak pada suku tahun ketiga. Setakat ini kumpulan syarikat menjangkakan aliran tunai bebas untuk tahun sepenuhnya bagi industri, diselaraskan bagi pengambilalihan dan penjualan yang merosot dengan ketara dari 3.2bilion euro seperti yang dicatatkan pada tahun 2013.

Pada suku tahun ketiga, perindustrian aliran tunai bebas meningkat kepada kira-kira 2.9 bilion euro berbanding 1.6 bilion pada tempoh sama tahun lepas. Mercedes mencatatkan penjualan kenderaan terbaik pada suku tahun ketiga hingga September dengan jumlah meningkat kepada 12% iaitu 412,000 buah kenderaan.  Ini berjaya dilakukan dengan pelancaran beberapa model terbaru dan permintaan yang melonjak di China.

Mercedes-Benz-E-Class_1

Previous post

Volvo V40 Baru Akan Datang 2016 &  XC40 Baru Akan Datang 2018

Next post

Nissan Umum Murano 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *