Berita Auto

Konsep Pemanduan Automatik Audi RS 7 Diperkenalkan Di litar Lumba.

Edisi Audi RS 7 yang berkonsepkan pemanduan automatic adalah platform teknologi yang meneroka kemungkinan untuk mencipta pemanduan automatik yang paling dinamik. Pada hari Jumaat, 17 Oktober dan Ahad, 19 Oktober, sebelum permulaan perlumbaan DTM terakhir, kereta ini yang akan menyudahkan satu pusingan di gelanggang Hockenheim tanpa pemandu.  Model Coupe 5 pintu ini adalah sebahagian besarnya sama dengan model pengeluaran tetapi kuasa stereng elektromekanikal, brek, injap pendikit dan tiptronic lapan kelajuan yang mengedarkan kuasa kepada sistem pacuan

Terdapat dua teknologi utama yang perlu dipertimbangkan semasa pemanduan tanpa pemandu pada had fizikal :  kenderaan yang berorientasi tinggi di atas jalan dan kawalan mutlak ke atas kenderaan pada had pengendalian.

audi-rs-7-piloted-driving-concept-373

Platfom teknologi ini menggunakan isyarat GPS yang khusus dihasilkan untuk orientasi di litar.  Ianya tepat hingga ke sentimeter dan data GPS akan dihantar kepada kenderaan melalui WLAN mengikut piawaian automotif dan melalui radio berfrekuensi tinggi.  Selari dengan ini, imej kamera 3D akan dibandingkan dalam masa sebenar terhadap maklumat grafik yang disimpan. Sistem ini mencari setiap imej yang banyak untuk beberapa ratus ciri yang diketahui, seperti paten bangunan di belakang trek, yang mana kemudiannya akan digunakan sebagai informasi kedudukan tambahan.

Kawalan kenderaan pada had pengendalian adalah antara ciri yang luar biasa bagi konsep kereta automatik Audi RS 7. Perangkaian yang komprehensif ditambah dengan pengawalan yang tepat, relevan dengan pemanduan, dan ini membolehkan platfom teknologi ini memandu pada had fizikal.  Jurutera Audi mengkaji dengan teliti tentang pemanduan tanpa pemandu pada had pengendalian serta membawa platform teknologi ini melalui beberapa ribu kilometer pandu uji di pelbagai laluan.

audi-rs-7-piloted-driving-concept-375

Bagi membuat demonstrasi ke atas keupayaannya, Audi RS 7 akan memandu di litar di Hockenheimring dengan pecutan sepenuhnya, brek sepenuhnya sebelum masuk ke selekoh, belokan yang tepat dan pecutan meter yang tepat selepas selekoh.  Kuasa 1.3 g berlaku semasa membrek dan pecutan sisi pada selekoh boleh mencapai 1.1g pada uji pandu di trek Hockenheim dan ini menunjukkan pencapaian kelajuan tertinggi sebanyak 240km sejam (149.1mph) dan 2 minit dan 10 saat untuk lap time.

Litar lumba juga merupakan tempat ujian yang paling mencabar untuk pemanduan tanpa pemandu.  Sistem pada masa depan perlu tepat dan kesilapan sifar dalam situasi kritikal. Oleh itu, ia perlu berkeupayaan untuk menilai dengan betul keadaan semasa walaupun pada had fizikal. Uji pandu ini memberikan jurutera Audi dengan pelbagai pemahaman tentang pembinaan pengeluaran, seperti pembinaan fungsi pengelakkan automatic dalam situasi pemanduan yang kritikal.

audi-rs-7-piloted-driving-concept-377

 

Previous post

Porsche Dedahkan Rangkaian Martini 2014

Next post

Team Ducati Bersedia Menghadapi Bahang Tropika Sepang Di Shell Advance GP Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *