Cerita Auto

Porsche Dedahkan Rangkaian Martini 2014

Porsche akan menyambut kembalinya sebuah lagenda.  Edisi terbaru Martini didedahkan di mana hanya 80 contoh akan dikeluarkan yang bercirikan pakej Sport Chrono dan stereng sporti.  Selain itu ditambah dengan Porsche Communication Management (PCM), kerusi sporti elektrik dibaluti kulit berwana hitam, tachometer dengan black gauge dan sistem audio Bose premium.

Edisi baru ini menawarkan dua warna: putih dan hitam di aman keduanya bercirikan elemen asal Martini iaitu skema warna biru-merah pada bumbung, sayap belakang, penutup boot dan sisi.  Ciri-ciri khas termasuk panel sil pintu berkeluli tahan karat yang bertulis “911 Carrera S – Martini Racing Edition”, Aerokit Cup front apron dan spoiler belakang.

porsche-martini-lineup-081

Tidak perlu diperkatakan lagi tentang kehebatan kenderaan ini, ditambah dengan penggunaan bahan api yang efisyen dan emisi CO2.  Lebih tepat lagi, model 911 memerlukan gasolin 8.2-12.41/100km, sementara ia melepaskan CO2 kepada 191-289g/km. Angka bagi Panamera seperti berikut: 6.4-10.71/100km dan emisi CO2 sebanyak 169-249g/km.  Siri Macan pula memerlukan 6.1-9.21 bagai jarak sejauh 100km sementara emisi CO2 sebanyak 159-216g/km.

Porsche 911 dipacukan oleh enjin flat-six 3.8 liter yang mengeluarkan 400hp pada 7,400RPM dan 440Nm pada 5,600RPM.  Tidak hairanlah jika kereta ini memerlukan hanya 4.1 saat bagi kelajuan tidak bergerak kepada 100km sejam hingga pada kelajuan pantas 302km sejam.

porsche-martini-lineup-071

Previous post

Pertandingan Akhir Lukisan Toyota Dream Car Di Tokyo Jepun

Next post

Konsep Pemanduan Automatik Audi RS 7 Diperkenalkan Di litar Lumba.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *