Berita Auto

Keupayaan Luar Biasa Land Rover Discovery Sport

Perkara utama model baru Land Rover Discovery Sport adalah keupayaan cemerlangnya yang telah menjadi lambang kenderaan syarikat itu selama hampir setengah abad. Sama seperti modelnya yang lain, Land Rover menerapkan model Discovery Sport ini dengan kombinasi yang menarik dari keupayaan off- road dan on-road dinamik. Pakej reka dalaman dan faktor keselamatan berinovatif menjadikan model ini sebuah kenderaan yang ideal untuk keluarga.  Sementara penggunaan bahan-bahan yang ringan dan rangkaian kuasa yang dapat menjimatkan kos bahan api dan kesannnya kepada alam sekitar.

Reka bentuk badan yang ringan dan multi-link suspense belakang

Rangkan badan Land Rover Discovery Sport menggunakan kombinasi keluli berkualiti tinggi, keluli boron yang kukuh dan aluminium ringan. Keluli hot-stamp boron digunakan pada bahagian-bahagian utama sel keselamatan kemalangan, termasuk A dan B-pillars, membolehkan penghasilan reka bentuk tipis untuk  visibiliti yang sangat baik.

Bonet, fender depan, bumbung dan tailgate diperbuat dari aluminium. Penggunaan bahan yang ringan pada kenderaan, jauh dari pusat graviti, menyumbang kepada peningkatan ketangkasan.

Platform baru ini berkongsi seni bina pada bahagian depan dan komponen dengan Range Rover Evoque yang telah memenangi anugerah, termasuk magnesium crossbeam untuk ketegaran kilasan yang tinggi dan mengurangkan berat.

Suspensi depan menggunakan keluli rendah kawalan dan suspense aluminium knuckles.  Hydraulic rebound pada tupang suspensi mengurangkan bunyi dari memasuki kabin apabila suspensi memantul selepas melalui lubang atau halangan atas jalan.

Suspensi belakang yang multi-link kompak, menggunakan beberapa komponen aluminium untuk mengurangkan berat. Ini menawarkan banyak faedah, termasuk ketangkasan di atas jalan, pemaduan yang tidak bising, pemanduan roda lebar, kabin yang luas.  Pada roda 13.4 inci (340mm), artikulasi roda adalah terbaik. Ini kerana titik pendakap suspensi akan hanya menembusi ke dalam kawasan bagasi minimal sahaja. Tempat duduk barisan kedua boleh gelongsor dan sandar melepasi titik pendakap untuk ruangan tempat letak kaki yang maksimum.

Cabang kawalan yang lebih rendah dan suspensi knuckle belakang diperbuat daripada acuan geronggang aluminium yang nipis, satu solusi ringan yang inovatif yang juga meningkatkan kekuatan.  Suspensi belakang dipasang pada subframe keluli yang kukuh dan ringan, dan ini memberikan pengawalan pemanduan yang baik dan suasana yang tidak bising di dalam kenderaan.

Land_Rover-Discovery_Sport_2015_04

Kuasa turbo dan Efisiensi

Land Rover Discovery baru mendapat kecekapan kuasanya dari kuasa enjin gasolin turbocharged empat silinder yang sama seperti Range Rover Evoque. Transmisi sembilan-kelajuan automatic dan Haldex All-Wheel Drive adalah standard, untuk keyakinan kawalan pemanduan di jalan dan keupayaan di mana saja.

Enjin gasoline 2.5 liter ini memperlihatkan low-inertia turbocharged yang maju, tekanan tinggi suntikan bahan api secara langsung dan injap timing yang boleh ubah, dan ini memberikan pemanduan yang luarbiasa.   Aci pengimbang berkembar memantapkan pemanduannya.  Perencatan pintar pengecasan mengutamakan mengecas bateri semasa kenderaan pada kelajuan menurun. Ini mengurangkan penggunaan sistem elektrik pada enjin.

Dengan menghasilkan 240hp pada 5,500rpm dan tork 250 Ib-ft. dari 1,750 RPM, enjin aloi ini menawarkan prestasi yang sangat baik dan fleksibiliti dari cahaya. Satu pakej yang kompak.  Piston rings dan tappet mengurangkan geseran untuk kecekapan yang optimum, dan ekzos manifold lembaran logam membantu memanaskan enjin dengan segera untuk mengurangkan emisi semasa memandu jarak dekat.

Transmisi Automatik Sembilan-Kelajuan

Transmisi automatik sembilan-kelajuan ZF 9HP48 juga terdapat pada Range Rover Evouque menggunakan ratio spaced gear tertutup untuk memberikan gerakbalas yang selanjar dan membolehkan gear pertama yang lebih rendah dan pecutan pada kuasa sederhana.  Gear dua yang lebih kurang menyamai transmisi gear satu dengan ratio yang kurang digunakan untuk memulakan dari tidak bergerak untuk   memaksimumkan kecekapan dan penghalusan. Pemandu boleh juga memilih untuk guna gear satu secara manual apabila pecutan maksimum diperlukan atau untuk ratio yang rendah semasa berada dalan situasi pemanduan yang bukan atas jalan.

Transmisi pertukaran gear yang pantas berjalan lancar bertepatan dengan jenamanya yang pentingkan kesempurnaan.  Fungsi skip anjakan membolehkan transmisi menurun terus di antara turutan gear daripada kitaran berperingkat antara gear.  Sekiranya pemandu mahukan gear yang paling rendah, transmisi akan ingat permintaan itu dan memilih gear sebaik saja kelajuan menurun pada tahap yang sepatutnya.

Satu sistem adaptif-beralih menyamai tindakbalas transmisi kepada input pemandu.  Sebagai contoh, ia akan memilih gear tinggi lebih cepat dan mengawalnya untuk jangkamasa panjang semasa pemanduan yang relaks. Dan ia akan bertindakbalas kepada stail pemanduan yang lebih dinamik dengan mengawal pada ratio rendah dan menurun dengan lebih cepat.

Dua Personaliti : Keupayaan Setanding Di atas Dan Luar Jalan

Model Discovery Sport baru ini dihasilkan dengan menjanjikan kenderaan yang sempurna, selesa dan keupayaan kawalan di mana saja bertepatan dengan kemestian yang perlu ada pada jenama tersebut.  Pelbagai ujian di mana saja dari jalan perkampungan di Britain hinggalah ke Nürburgring Nordschleife demi memastikan kesempurnaan yang dimahukan oleh pelanggan Land Rover. Sementara uji pandu keluar dari jalan yang intensif menyediakan kenderaan Discovery Sport untuk perjalanan keluar dari jalan.

Dengan pemanduan empat roda dan suspensi perjalanan jauh untuk artikulasi yang hebat, Discovery Sport menyediakan prestasi yang hebat di semua-rupa bumi.  Bentuk badannya direka untuk menghadapi cabaran pada jalan yang tidak rata dengan pelepasan 8.3.inci (212mmm),  sudut approach, departure and breakover masing masing 25, 31 dan 21 darjah. Kenderaan ini boleh menskala kecerunan hingga 45 darjah.  Dalam situasi yang ekstrem, trim rendah pada bumpar depan boleh dipindahkan untuk meningkatkan sudut tuju.

Pemanduan luar jalan dan memandu dalam cuaca buruk, selalunya melibatkan lopak air di sepanjang jalan.  Inilah sebab kenapa posisi air intake kenderaan Land Rover dipasang tinggi  atas gerbang roda bagi menghalang kemasukan air kedapam enjin.  Prosedur ujian dijalankan secara terperinci bagi memastikan setiap pintu kedap air.

Proses ujian lain yang mencabar adalah kemampuan kenderaan itu untuk memandu keluar dari keadaan kawasan yang air bertakung.  Semasa ujian yang mencabar ini, Discovery Sport diparkir atas takungan air, pintu kedap air dibuka dan dalam kereta banjir.  Selepas 30 minit di dalam air, Land Rover diuji kemampuannya untuk hidupkan enjin dan pandu.

Land_Rover-Discovery_Sport_2015_03

 

Previous post

Konsep Chevrolet Sonic Performance Untuk SEMA

Next post

Toyota Motor Mencemar IGEM 2014 Dengan Model Lexus Dan Toyota

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *