Berita Auto

Toyota Motor Mencemar IGEM 2014 Dengan Model Lexus Dan Toyota

UMW Toyota Motor akan mempamerkan pencapaian teknologi hijau dalam industri automotif melalui pameran kereta Lexus dan Toyota di 5th International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM 2014).   Acara yang dinanti-nantikan ini bertemakan ‘Creating Green Wealth’ yang akan berlangsung pada 16-19 Oktober di Kuala Lumpur Covention Centre.

Lexus-NX-300h-to-our-Deputy-Prime-Minister-of-Malaysia_-YAB-Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin

Sejarah akan diabadikan apabila UMW Toyota Motor mempamerkan Lexus NX 300h buat pertama kalinya di Malaysia di IGEM 2014.  Dikuasakan oleh Lexus Hybrid Drive yang ikonik – teknologi hybrid sepenuhnya yang mengimbangi prestasi kekuasaan dan pemeliharaan alam sekitar yang efisyen – Lexus NX 300h akan bersama dengan rangkaian kenderaan Lexus

Lexus-NX_2015_06

UMW Toyota Motor mengumumkan pesanan boleh dibuat ke atas Lexus NX baru bermula 16 Oktober 2014.  Berikut adalah rumusan anggaran ke atas harga jualan (OTR) yang boleh didapati untuk semua versi Lexus NX baru.  Kesempurnaan paduan antara kelincahan dan stabilitinya memperlihatkan Lexus NX sebagai satu kenderaan kompak yang mewah dan inovatif melangkah ke pasaran edisi SUV (Sports Utility Vehicle).  NX baru ini sebagai menyahut permintaan pelanggan dari generasi baru yang inginkan kereta sporti dan personal tanpa menjejaskan keselesaan dan praktikaliti.  Lexus NX mempamerkan yang pertama didunia bagi Lexus marque.  Selain dari versi hybrid, versi Turbo 2.0L sebagai memperlihatkan enjin gasoline turbocharged yang  dibina sendiri oleh Lexus dengan kombinasi bahan api yang ekonomi dan prestasi yang menyeronokkan.

Peminat kereta di Malaysia boleh membuat pesanan untuk kereta Lexus NX di semua pusat jualan Lexus di Malaysia bermula dari 16 Oktober 2014.

Lexus-NX_2015_05

Pelawat di IGEM 2014 akan menjadi mereka yang pertama menyaksikan konsep kereta masa depan fuel efficient FT- Bh.  Selain prestasi alam sekitar yang tinggi, ‘ecomotion’ (eco + motion) FT-Bh bertujuan untuk menyediakan satu pengalaman pemanduan yang menyeronokkan melalui  kebolehkendalian yang responsif dan tangkas.

Ia berjaya menjadi kenyataan atas usaha pengurangan jisim kepada hanya 786kg, mengurangkan secara besar besaran dikurangkan pada hanya 786 kg, mengurangkan ketahanan di jalan raya dan udara, kekuasaan tinggi yang efisyen, pengurusan tenaga termal yang efektif dan mengurangkan penggunaan tenaga pada separuh daripada kereta B-segmen tradisional.

Lexus-NX_2015_04

“Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi mengambil bahagian dalam satu lagi acara IGEM. Seperti yang telah dibuktikan oleh kedua-dua model 300H Lexus NX dan Toyota FT-Bh yang dipamerkan, kami memperlihatkan komitmen Toyota untuk terus membangunkan kereta yang lebih baik untuk memberi manfaat kepada orang ramai dan kepada alam sekitar,” kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.

Lexus-NX_2015_01

 

Datuk Ismet Suki juga mengulas mengenai spekulasi pengguna bahawa harga kenderaan akan turun berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bulan April 2015. Beliau menegaskan bahawa pengguna tidak perlu mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ untuk membeli kereta kerana promosi akhir tahun boleh menjadi lebih menarik daripada sifar kemungkinan untuk perubahan harga yang minimum berikutan pelaksanaan GST.

Lexus-NX_2015_02

“Sekarang adalah masa yang terbaik untuk membeli kereta.  Kesan GST ke atas harga kereta adalah tidak menentu.  Untuk mengatakan bahawan harga akan turun kerana 6% GST akan menggantikan 10% cukai jualan dan perkhidmatan adalah terlalu mudah.  Terdapat faktor faktor lain yang perlu diambil kira, terutamanya dalam pasaran automotif.  Kita tidak boleh terlalu pasti sehingga GST dilaksanakan sepenuhnya,” jelasnya lagi.

Orang ramai yang ingin melawat gerai Lexus dan Toyota di IGEM 2014 boleh berbuat demikian pada 19 Oktober dari pukul 10:30am -5:00pm.  Lexus dan Toyota akan berada di Dewan 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

lexus_nx_11_1024x768

Previous post

Keupayaan Luar Biasa Land Rover Discovery Sport

Next post

MotoGP 2014, Marquez Di Petak Pertama Di Australia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *