Cerita Auto

Kereta Terbaik Jepun 2015 – Mazda 2

Baru saja diumumkan, kereta Mazda2 yang dilancarkan baru baru ini telah memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2015. Mazda2 mengalahkan Mercedes C-Class yang mengikut rapat di tempat kedua.  Rapat macam mana? Model hatchback Jepun ini berjaya menang tempat pertama dengan hanya lebihan 19 undian.  BMWi3 menduduki tempat ke tiga, manakala Subaru Levorg di tempat ke empat mengalahkan Suzuki Hustler.

mazda2_l

“Dengan Mazda2 ini, kami telah menulis semula buku peraturan kami tentang kereta kompak. Teknologi baru kami, Skyactiv, mileage yang bagus, harga yang berpatutan dan rekaannya yang unik menyumbang kepada kemenangan kami hari ini,” komen Kiyoshi Fujiwara, EVP Mazda.  Kereta baru itu mengikut filosofi KODO (rekaan mengikut jiwa pergerakan) dan datang dengan sistem perhubungan inovatif MZD – connect in-car dan teknologi keselamatan aktif i-activesense.

mazda2_4

Kereta ini menggunakan enjin diesel 1.5 liter Skyactiv-D yang mengeluarkan 105hp dan 250Nm kilasan diantara 1,500 dan 2,500rpm. Sebagai tambahan, kereta hatchback Jepun ini juga boleh didapati dengan enjin petrol 1.5 liter.

mazda2_3

Previous post

Ferrari F60 Di Cipta Khas Hanya Untuk Amerika

Next post

Detroit Electric Menandatangani MOU untuk Membekalkan Kenderaan EVs yang Berprestasi Tinggi.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *