Gaya Hidup

Ferrari F60 Di Cipta Khas Hanya Untuk Amerika

Sebagai memperingati ulangtahun ke 60 Ferrari di Amerika Selatan, Maranello kembali pada tradisi pengeluaran 50 dan 60an iaitu hanya edisi terhad dan pembuatan mengikut tempahan. Hasilnya, tercipta model F60America yang mana hanya 10 buah kereta saja yang akan dikeluarkan.  Kereta terbaru ini menggabungkan 2 keghairahan pelanggan Amerika iaitu enjin V12 dan bumbung terbuka dan ini akan didedahkan pada malam gala esok bersempena sambutan ulangtahunnya di Berverly Hills City Hall.

Keputusan untuk mengeluarkan edisi terhad ini sebagai menghormati satu lagi tradisi besar.  Hanya 10 kereta F60Americas akan dibina sepertimana dengan model 1967 275 GTS4 NART Spider, versi terbuka 275 GTB4  yang diminta pengimport Luigi Chinetti  dari Enzo Ferrari untuk pelanggan mereka dari Amerika Syarikat.

Edisi F60America dikuasai V12 mid-front-mounted (yang telah memenangi anugerah untuk Ferrari) yang membolehkan kereta itu memencut pada kelajuan 0 hingga 100km sejam dalam masa 3.1 saat. Kereta yang muskular dan berkuasa ini  direka penuh gaya dan seimbang mengikut spesifikasi erodinamik selari dengan DNA marque ini.

ferrari_f60america_3

Personaliti F60America amat jelas dari sisinya yang bercirikan rekaan bertemakan diapason yang inovatif. Bahagian depan kereta didominasikan oleh gril depan seperti kereta Ferrari klasik dengan krom dan brek udara bersepadu.

Dua roll-hoops kulit disokong oleh sagang karbon fiber yang panjangnya dari belakang kokpit hingga bahagian belakang, menyerapkan keharmonian yang elegan.  Kereta F60America boleh dtutup dengan bumbung fabrik ringan yang boleh digunapakai pada kelajuan 120km sejam. Rekaan asimetrikal kabinnya menyerlahkan bahagian tempat duduk pemandu dengan trim merah sporti sementara tempat duduk sisi diberikan warna hitam, diinspirasikan oleh kereta lumba Ferrari yang bersejarah itu.  Kabin tampak eksklusif dengan pemuka, tunnel dan panel pintu di kerusi pemandu dengan bahan komposit.  Kerusi lumba juga memaparkan motif bendara Amerika di tengah setiap kerusi dan bahagian rehat belakang.

Kereta ini diadaptasikan dari tim lumba Amerika Selatan dan lencana khas Ferrari sempena ulangtahun ke 60 Prancing Horse pada arca roda juga terdapat pada tunnel dalam kabin.  Keunikan dan keindahan F60America yang begitu elegan telah menarik peminat kereta dari US  dan 10 buah kereta yang dikeluarkan sudah pun bertuan.

ferrari_f60america_1

Previous post

Jualan Chevy Spark Melepasi 1 Juta Unit

Next post

Kereta Terbaik Jepun 2015 - Mazda 2

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *