Cerita Auto

Detroit Electric Menandatangani MOU untuk Membekalkan Kenderaan EVs yang Berprestasi Tinggi.

Integrated Energy, sebuah syarikat Korea yang disenaraikan di Bursa Saham Korea (023430.KQ), yang terlibat dalam sektor tenaga dan eko-bisnes, bersama Detroit Electric, sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik, hari ini mengumumkan Memorendum Persefahaman (MOU) bagi Integrated Energy untuk menjalankan jualan runcit kenderaan elektrik tulen buatan Detroit Electric dan juga untuk melaksanakan kerjasama dalam projek V2X termasuk program perintis di Korea Selatan.

MOU ini telah ditandatangani oleh Billy So, Pengerusi Integrated Energy Ltd, dan Albert Lam, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Detroit Electric Holdings Ltd

MOU tersebut menetapkan proses untuk melantik Integrated Energy untuk menjadi pengedar produk Detroit Electric di Pulau Jeju, Korea Selatan. Jualan dijangka bermula pada suku pertama tahun 2015, dan Integrated Energy akan membuat pesanan awal 300 buah kenderaan dalam majlis menandatangani perjanjian perniagaan itu.

Pulau Jeju yang dilengkapi dengan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik yang paling komprehensif di Korea Selatan, telah menetapkan untuk menjadi zon pengeluar kereta emisi sifar menjelang 2020.

Integrated Energy dan Detroit Electric akan mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk melaksanakan program perintis V2X, termasuk tapak demonstrasi di Pulau Jeju untuk merealisasikan teknologi V2X, merangkumi kenderaan ke grid, kenderaan untuk rumah dan kenderaan untuk kenderaan, bagi operasi harian kenderaan elektrik yang dibekalkan oleh Detroit Electric.

Kenderaan elektrik yang dibina dan dikeluarkan oleh Detroit Electric akan dilengkapi dengan pengecasan dan ciri menyahcas dua arah bi-directional. Ia berjaya dihasilkan melalui paten caj elektrik rumah Detroit dan unit sokongan yang diberi nama ‘360-POWERBACK’ – yang mengubah kenderaan itu menjadi sumber kuasa untuk grid dan rumah.

Integrated Energy dan Detroit Electric menjangkakan potensi untuk melebarkan penggunaan teknologi V2X ini ke kawasan lain di Korea Selatan, selepas kejayaan dalam pelaksanaan program perintis V2X.

Untuk memanjangkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam perniagaan tenaga, Detroit Electric akan bekerjasama dengan Integrated Energy, seperti yang telah dipersetujui dalam MOU itu, untuk menerokai bateri kedua dan penggunaan semula bateri kereta yang telah digunapakai kepada satu peluang bisnes penempatan tenaga di Korea.  Kedua syarikat ini berkongsi visi yang sama iaitu bateri kedua EV mampu memainkan peranan penting dalam penempatan tenaga bagi bekalan kuasa yang diperbaharui dan ini sekaligus akan mengurangkan jumlah kos pemilikan kenderaan electric.

“Ini merupakan satu langkah strategik dalam pembangunan perniagaan Detroit Electric di pasaran global dan kami gembira untuk bekerjasama dengan Integrated Energy untuk memberikan kenderaan berprestasi tinggi dan perkhidmatan kepada pelanggan Korea,” ujar Albert Lam, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Detroit Electric, “Dengan visi yang menjangkau perniagaan EV, kerjasama projek perintis V2X di Pulau Jeju bersama Integrated Energy pasti akan mempamerkan teknologi inovatif kami dan model perniagaan yang mampan.”

“Teknologi mengecas dan menyahcas dua arah dan sistem aplikasi pengurusan infotainmen telefon pintar ‘SAMI’ kami, akan merevolusikan cara kita menggunakan kereta elektrik,’ tambahnya lagi, “Tidak lama lagi para pelanggan akan memperolehi pendapatan dari penempatan tenaga bateri kereta mereka, menjana kuasa bagi rumah dan bisnes dan juga mengecas kereta EV lain. Ini adalah isu penting yang perlu ditangani untuk masa depan kitar semula bateri dan penempatan tenaga yang dituntut oleh industri tenaga baru,” kata Mr. Lam.

Billy So, Pengerusi Integrated Energy berkata, “Kami telah memasukki kerjasama ini dengan pandangan untuk memberi nilai dan teknologi tinggi kepada pelanggan Korea kami dengan menggunakan kenderaan elektrik buatan Detroit Electric yang bertaraf dunia. Dengan komitmen kami untuk menggalakkan tenaga mampan dan teknologi mobiliti mampan, inisiatif V2X di Pulau Jeju dan penggunaan selanjutnya teknologi ini di Korea, akan menawarkan penyelesaian kepada penggunaan tenaga yang optimum.  Dengan kerjasama kami bersama Detroit Electric, kami tidak sabar untuk bergerak pada langkah seterusnya untuk menjalankan beberapa projek percubaan dan membangunkan bisnes model untuk bateri kedua dan perniagaan kitar semua di Korea.  Melalui perkongsian pandangan ini, kami meramalkan sektor industri baru ini berpotensi untuk mengubah lanskap perniagaan ESS (sistem penempatan tenaga) kepada lebih baik.

 

Previous post

Kereta Terbaik Jepun 2015 - Mazda 2

Next post

Toyota Hibrid Laris Di EU

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *