Berita Auto

Hyundai Genesis Terima Skor Keselamatan Tertinggi Dalam Sejarah ANCAP

Genesis, model sedan mewah terbaru dari Hyundai motor telah menerima skor tertinggi dalam sejarah setelah 21 tahun ujian ANCAP diadakan – 36.88 markah dari 37 markah dan rating untuk keselamatan yang maksimum iaitu 5 Rating keselamatan 5 bintang adalah ukuran paling tinggi ANCAP bagi  perlindungan keselamatan kenderaan untuk penumpang dan pejalan kaki.  Penilaian termasuk ujian frontak offset 64km sejam dan ujian impak sampingan 50km sejam, juga dengan ujian pole 29km sejam, ujian simulasi whiplash 32km sejam bagi hentakan bahagian belakang dan 40km sejam bagi ujian perlindungan bagi pejalan kaki.  Beberapa aktif SAT ( safety assist technology) yang minimum juga diperlukan.

Rekod Genesis sejumlah 36.88 markah termasuk skor frontal offset, 15.88 dari 16 markah penuh dan skor perlindungan kesan sampingan adalah 16 markah dari 16 markah penuh.  Genesis juga mendapat skor sebanyak 2 markah dari 2 markah penuh bagi ujian pole dan ujian perlindungan whiplash yang mendapat rating ‘baik’.

Pada awal tahun ini, Genesis baru ini menjadi kenderaan pacuan 4 roda pertama dalam kelasnya menerima penghormatan tertinggi sebagai TOP SAFETY PICK’ 2014 dari US Insurance Institute of Highway Safety (IIHS)- meneruskan kepimpinan mereka dalam industri automotif. Genesis juga merupakan kenderaan sedan mewah pacuan 4 roda yang menerima rating baik untuk ujian small overlap crash (IIHS)

‘Genesis adalah model flagship Hyundai dan oleh itu menawarkan tahap yang tinggi bagi ‘crashworthiness’ dan ciri-ciri keselamatan yang sangat baik standard keselamatan,’ kata Pengerusi ANCAP Encik Lauchlan McIntosh.

“Ini merupakan kali pertama kita melihat perkataan ‘standard’ disenaraikan pada hampir semua ciri-ciri keselamatan dalam checklist kami.  Yang paling penting, brek kecemasan automatik adalah antara ciri-ciri standard pada kenderaan kami – yang sebelum ini tidak dimasukkan dalam kenderaan Struktur integriti dan kekuatan telah menjadi keutamaan tim kejuruteraan Hyundai Motor Company sejak pembangunan model ‘DH’ Genesis sedan baru dimulakan enam tahun lalu.  Kenderaan itu menggunakan keluli berkualiti tinggi yang kukuh pada struktur badan kereta dan telah direkabentuk dari outset untuk lulus ujian kemalangan tahap dunia yang mencabar.

41863_1_1

Semua rangkaian keluaran Genesis baru ini datang dengan ciri-ciri  keselamatan seperti berikut:

Adaptive Cruise Control

Electronic Brake Distribution

Electronic Stability Control

Automatic Emergency Braking

Daytime Running Lights

Emergency Stop Signal

Lane support system

Pre-safe systems

Reversing collision avoidance

Tyre pressure monitoring system

Active lift (pop-up) bonnet

Nine passenger airbags including driver’s knee airbag

ANCAP disokong oleh semua kelab permotoran Australia dan New Zealand, Kerajaan Australia, New Zealand, Australia, Suruhanjaya Pengangkutan Kemalangan Victoria, NRMA Insurance dan FIA Foundation.

‘Rekod skor ujian ANCAP bagi Genesis ini membuktikan integriti struktur kereta flagship kami, ciri-ciri keselamatannya dan teknologi yang disediakan adalah standard jemama kami,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Hyundai Motor Company Australia, Charlie Kim.

“Every car Hyundai Motor sells in Australia has achieved the maximum 5 star ANCAP safety rating, other than iLoad van and iMax people mover rated at 4 stars,” said Mr Kim. “Of course, we are very proud of that fact, and Genesis must uphold this high standard – I would also like to take this opportunity to acknowledge the fantastic work ANCAP has done over the years to improve vehicle safety standards in this country.”

Setiap kereta yang dijual oleh Hyundai Motor di Australia telah mencapai 5 bintang bagi rating keselamatan ANCAP, selain dari van iLoad dan iMax people mover yang mendapat rating 4 bintang,”kata Mr. Kim.  “Kami sangat berbangga dengan kejayaan ini dan Genesis perlu mempertahankan kedudukan ini – Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada usaha hebat ANCAP selama beberapa tahun ini dalam memperbaiki standard keselamatan kenderaan di Negara ini”.

To search crash test results and learn more about safety technologies, visit www.ancap.com.au

Untuk mendapatkan keputusan ujian kemalangan dan mengetahui lebih dalam tentang teknologi keselamatan boleh layari www.ancap.com.au

Crash test images and video can be downloaded from www.ancap.com.au/media

Imej ujian kemalangan dan video boleh dimuat turun dari www.ancap.com.au/media

 

 

 

Previous post

Team Ducati Bersedia Menghadapi Bahang Tropika Sepang Di Shell Advance GP Malaysia

Next post

Kehalusan Range Rover Supreme

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *