Cerita Auto

Kehalusan Range Rover Supreme

Range Rovers terkenal dengan kualiti kehalusan dan kemewahan yang memberikan pemilik ketenangan sejati dari kesibukan dunia luar.  Untuk membina model baru, jurutera Land Rover berusaha keras menghasilkan perasaan yang sama tetapi mempertingkatkan pengalaman keduanya, pemandu dan penumpang. Kabinnya lebih elegan dan santai dan bagi penumpang terutamanya pada tempat duduk belakang terdapat perubahan dari segi ruang keluasan yang memberikan lebih keselesaan dengan ciri-ciri mewah yang ditawarkan.  Pada masa yang sama, pemandu diberikan pengendalian lebih tenang dan tangkas, yang melengkapi ciri-ciri premium Range Rover yang prestasi tinggi dan keyakinan kawalan.  Teknologi perhubungan dan paparan yang ada membolehkan pelanggan menggunakan peranti mudah alih dengan lancar semasa memandu.

Range_Rover_5

“’Tahap pencapaian platfom baru ini dan seni bina suspensi telah membolehkan jurutera kami untuk membawa Range Rover ke tahap baru penghalusan dan pemanduan dinamik,” kata Nick Rogers, Range Rover Vehicle Line Director. “Pelanggan kami akan segera merasakan tahap bunyi yang rendah dan pemanduan yang lembut, sementara ruang tambahan pada bahagian tempat duduk belakang memberikan lebih keselesaan.”

Suasana dalaman yang mewah dan halus.

Dari kelembutan dalaman dan suasana pemanduan yang berkualiti hingga pada kabin yang mewah dan bahagian belakang yang luas, Land Rover memberikan pelanggannya ketenangan dan keselesaan yang luar biasa semasa memandu.  Setiap penumpang akan merasakan keseronokan yang sama dan keselesaan yang dijanjikan dengan teknologi dalaman yang terbaru.

 

Range_Rover_4

Mengurangkan tahap bunyi untuk memberikan suasana dalam kabin yang harmoni dan tenang.

Setiap proses pembinaan dijalankan oleh jurutera Land Rover dengan penuh teliti dan memberikan perhatian yang terperinci bagi memastikan model baru ini menepati standard yang diperlukan iaitu kemewahan dan kehalusan yang tinggi, memberikan penumpang ketenangan dari kesibukan di luar.  Semua bunyian yang tidak diperlukan telah dihapuskan melalui simulasi komputer yang baru semasa peringkat kejuruteraan, diikuti dengan ujian sel yang optimum menggunakan alat analisis yang sofistikated seperti kamera akustik khas.

Penghalusan enjin telah dipertingkatkan melalui penggunaan enjin dual-isolated baru yang dipasangkan pada model diesel. Secara keseluruhannya, tahap kebisingan telah dapat dikurangkan bagi model baru, terutamanya pada model diesel di mana kebisingan pembakaran dikurangkan dengan banyaknya.  Ini memastikan kualiti bunyi yang bagus.  Semasa pecutan yang tinggi, bunyi rendah dan bunyi enjin senyap pada pemanduan crusing.

Range_Rover_3

Salutan akustik khas dipasang pada cermin depan, sisi dan belakang untuk mengurangkan lagi bunyi bising pembakaran dan juga bunyi angin kuat.  Bunyi angin telah diminimumkan melalui analisis dengan pengkomputeran bendalir yang dinamik dan ujian wind tunnel.  Kawasan penting seperti bahagian A-pillar dan cermin pintu telah dioptimumkan semasa peringkat pembinaan.  Model baru ini telah dikategorikan sebagai terbaik dalam pengurangan bunyi bising dengan 7% dari kenderaan lain dan setanding dengan kereta saloon eksekutif yang terbaik.

Struktur badan Range Rover yang baru direka menggunakan alat terbaru ‘multi-dimensional’ CAE optimisation untuk mencapai kekukuhan dan kehalusan yang hebat.  Struktur model ini  menggabungkan chassis attachment points yang kukuh untuk mengurangkan lagi transmisi bunyi dan getaran, manakala penggunaan komponen suspensi aloi ringan disamping bushes yang dioptimumkan dapat membantu mengahpuskan bunyi bising dijalan.  Pembaharuan ini membantu meletakkan Range Rover sebagai pelopor pengurangan bunyi bising di jalan dengan kemewahan dan kehalusan terbaik bagi model saloon.

Range_Rover_2

Solusi inovatif lain yang meningkatkan kehalusan termasuk penggunaan sound-absorbing foam ducts untuk sistem HVAC yang menggantikan plastik keras dan air suspension compressor yang dipasang pada bateri utama kenderaan untuk menenggelamkan bunyi getaran yang tidak diperlukan.  Semua operasi bunyi dalam Range Rover yang baru, dari bunyi tutup pintu hingga bunyi dari petikan suis dan motor telah dianalisis dengan terliti dan diperhaluskan bagi mencipta keharmonian dan kualiti bunyi premium bagi semua penumpang.

Range_Rover_1

 

 

Previous post

Hyundai Genesis Terima Skor Keselamatan Tertinggi Dalam Sejarah ANCAP

Next post

Ford! Memang ‘Big Deal’! 200,000 AirAsia BIG Points Untuk Anda

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *