Cerita Auto

Bridgestone Diberi Anugerah Pembekal “Dinamik & Efisien” 2014 Dari BMW

Bridgestone telah menerima anugerah BMW Supplier Innovation 2014 dalam kategori  “Dinamik & Efisien” sebagai penghargaan di atas teknologi baru yang dihasilkan untuk kereta elektrik BMW model i3 iaitu teknologi ologic untuk tayar C02-optimised. Anugerah itu telah disampaikan kepada Mr. Franco Annunziato, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Bridgestone Eropah, oleh Mr. Gerhard Kurz, Naib Presiden Kanan Pembelian Pemanduan Dinamik, pada satu majlis rasmi di Amsterdam pada 1 Oktober.

‘Bridgestone sangat berbangga kerana telah dipilih oleh BMW sebagai rakan eksklusif pembangunan tayar bagi rangkaian kenderaan elektrik. BMW dan Bridgestone berkongsi visi yang sama iaitu ketahahan mobiliti dan kami berbesar hati menerima anugerah inovasi BMW bagi teknologi baru tayar ologic” kata Mr. Annunziato.

Bridgestone telah dipilih secara eksklusif oleh BMW untuk menghasilkan tayar yang komplemen dengan pemanduan dinamik dan prestasi mampan untuk semua kereta elektrik i3.Tayar ologic mempunyai diameter besar dan bunga tayar yang tidak lebar. Ini mengurangkan ubah bentuk tayar dan kehilangan tenaga semasa memandu, seterusnya membantu kurangkan rintangan pusingan dan pada masa yang sama menjaga tahap keselamatan sekurang-kurangnya pada tahap yang sama seperti tayar konvensional.

bridgestone-i3-tire_2

Resisten pusingan rendah ini memperbaiki penggunaan bahan api yang lebih baik, emisi CO2 yang lebih rendah dan bagi enjin elektrik tulenianya satu tambahan bagi rangkaian operasi mereka. Terima kasih kepada reka bentuknya dan penggunaan bahan-bahan yang inovatif, tayar Bridgestone yang dibuat dengan teknologi ologic memenuhi kehendak prestasi dinamik pemanduan kereta BMW.

Buat masa ini, Bridgestone merupakan pembekal tayar untuk kereta BMW1 secara eksklusif, membekalkan tayar Ecopia EP500 dengan teknologi ologic untuk semua kereta elektrik urban BMWi3 dan tayar sporti Potenza S001 untuk model kereta hybrid elektrik BMW i8.  Kumpulan syarikat BMW menyampaikan anugerah Inovasi 2014 untuk tujuh kategori termasuk juga anugerah khas “Innovation Partnership”. Kategori ini menjangkau bidang teknologi di mana syarikat akan menentukan masa depan mobiliti tersendiri sebagi pengeluar premium.

bridgestone-i3-tire_1

 

Previous post

Jualan  SsangYong Global Meloncat 

Next post

Honda Jazz Kereta Kompak Terbaik Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *