Berita Auto

Honda Jazz Kereta Kompak Terbaik Dunia

Sebagai model global, Jazz All-New dibangunkan dengan matlamat sebagai ‘Kereta Kompak terunggul di dunia’. Dalam membangunkan Jazz All-New, tim Pembangunan dan Penyelidikan Honda mensasarkan untuk mereka bentuk semula model Jazz yang lebih luas dan serba guna dengan menggunakan teknologi yang inovatif dan ciri yang berhubungan serta sebagai pengeluar utama dari segi prestasi dan rekabentuk.

Berucap pada majlis pelancaran itu, Pengarah Urusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mr. Yoichiro Ueno berkata, ‘Jazz All-New dirancang untuk menarik hati pelanggan yang mahukan kereta yang bukan saja menyeronokkan tapi juga serba boleh dan berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan gaya hidup mereka yang pelbagai. Jazz All-New datang dalam pakej menarik yang sesuai untuk rakyat Malaysia, dari pelajar kolej dan eksekutif muda hingga keluarga. Jazz All-New amat sesuai untuk apa-apa saja senario kehidupan: kerja, riadah, sukan, membeli-belah dan bersiar. Edisi baru Jazz ini adalah ciptaan Honda yang paling menakjubkan untuk siri Jazz setakat ini ‘.

“Edisi Jazz All-New akan memberikan nilai pakej keseluruhan yang terbaik dalam segmennya dengan 3 varian (S, E dan V) yang akan kami perkenalkan. Rangkaiannya yang luas adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyediakan produk yang mampu milik dan berbaloi untuk semua orang yang mahu memilikinya. Ini satu peluang baik untuk semua rakyat Malaysia

Back

Kereta Jazz All-New membawa identiti rekabentuk baru Honda iaitu ‘Rekabentuk H yang menerujakan!!!’ yang membuatkan kereta ini nampak hebat dan sporti. Rekabentuk luarannya yang berkonsepkan ‘Crossfade Monoform Exterior’ adalah berdinamik maju manakala mewarisi ciri-ciri unik model Jazz.  Ianya satu kombinasi sporti dan kabin yang dinamik dengan

Kereta Jazz All-New dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang diperbaharui di mana pemacuannya berjalan lancar dengan rekaan terbaru model CVT yang dihasilkan di bawah pengendalian Honda Earth Dreams Technology. Platform global sub-kompak Honda yang baru dengan strukturnya yang ringan tapi tegar melonjakkan model Jazz pada had baru yang menekankan penggunaan bahan api yang efisien tanpa mengorbankan prestasi dinamiknya.

Apa yang membezakan Jazz All-New yang paling utama adalah kefungsiannya yang tinggi dan reka dalaman yang serba guna yang diterjemahkan dari filosofi Honda iaitu “Man Maximum, Machine Minimum”. Tangki bahan api pusat yang inovatif dikekalkan, ruang kabin lebih besar, beratnya lebih ringan, gandar roda lebih panjang dengan tempat duduk ‘Versatile Magic Seats’ mod 4 konfigurasi, menjadikannya kereta yang terbaik!.

Side-Profile-Modern-Steel-Metallic

Jazz All-New dilengkapi dengan inovasi maju dan intuitif dan ciri-ciri sambungan yang menambahkan elemen keseronokan memandu. Ia kereta pertama dalam segmennya yang dilengkapi dengan paparan sentuh audio 7 inci yang maju bersama fungsi MirrorLink (V variant). Ini juga termasuk kombinasi multi informasi meter, panel sentuh penyaman udara automatik (V variant) dan punat tekan mula pintar (E & V variant).  Fungsi stereng yang serba boleh bercirikan kawalan telefon hands free yang maju (V variant) dan kawalan pengecaman suara (V variant), memberikan kemudahan di hujung

 

Sama seperti model Honda yang lain, aspek keselamatan menjadi keutamaan untuk semua model Jazz All-New. Ia dilengkapi dengan aspek keselamatan yang dipertingkatkan, merangkumi 6 beg udara (V variant; termasuk beg udara depan Dual SRS, bag udara sisi dan tirai sisi), Signal Isyarat Kecemasan (E & V varian), Vehicle Stability Assist (VSA) (E & V variant), badan G-Con dan ISO fix.  Mr. Ueno juga mengumumkan bahawa kereta ini telah melalui pemeriksaan pelanggaran minggu lepas dan beliau konfiden ia akan lulus dengan rating 5 bintang.

Kesemua 3 varian boleh didapati dalam lima warna iaitu warna silver baru (bertepatan dengan Jazz All-New), sporti biru metalik, putih Taffeta, mutiara hitam kristal dan keluli metalik moden.

Honda Malaysia menawarkan 5 tahun waranti dengan perbatuan perjalanan tanpa had dan khidmat interval sebanyak 10,000km.  Ini akan menambah minat pelanggan untuk menjadikan kereta Jazz sebagai pilihan mereka. Dengan sejumlah 76 pengedar sah di seluruh negara, pelanggan Honda tidak perlu risau kerana kereta mereka akan dijaga dengan perkhidmatan yang berkualiti.

Side-Profile-Crystal-Black-Pearl

Honda Malaysia mensasarkan penjualan Jazz All-New sebanyak 1,200 unit sebulan. Honda Malaysia percaya bahawa ciri-ciri premium, teknologi maju dan harga yang ditawarkan bagi kereta kereta Jazz All-New akan menarik ramai pelanggan di Malaysia dan melonjakkan syarikat untuk mencapai sasaran jualan pada kadar 76,000 unit bagi tahun 2014.  Pada separuh tahun pertama 2014, Honda Malaysia Berjaya menjual sebanyak 37,178 unit, peningkatan 70 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jazz All-New atau menempah uji pandu, anda boleh melawat mana-mana pengedar Honda seluruh negara atau sila hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my

Side-Profile-Brilliant-Sporty-Blue-Metallic

 

Previous post

Bridgestone Diberi Anugerah Pembekal “Dinamik & Efisien” 2014 Dari BMW

Next post

Toyota Masih Jenama Terunggul  Di Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *