Cerita Auto

Audi Beri Wajah Baru Pada A6 Range Globally, Tetapi Model Hybrid Tiada

Audi baru sahaja melancarkan sedan premium A6 yang diperbaharui dengan rangkaian bermula diesel 2 liter kepada wagon 560 bhp dengan prestasi kereta super. Namun ada satu model yang telah ditinggalkan untuk setakat ini.  Sebuah model yang habis dijual di Malaysia dalam masa 2 minggu diperkenalkan – iaitu A6 Hybrid.

Audi-A6_2015_02

Audi telah melancarkan model pertama A6 Hybrid pada tahun 2011.  Ia merupakan kereta hybrid sedan yang pertama dilancarkan oleh syarikat Audi dan tidak berapa dapat sambutan di luar Malaysia.  Kemungkinan ia akan digantikan dengan plug-in-hybrid dalam 2 atau 3 tahun lagi.  Kereta A6 Hybrid dikuasakan oleh enjin 2 liter silinder TFSI mengeluarkan 210 PS yang dipacu oleh 55PS motor elektronik untuk mendapatkan jumlah output sebanyak 245 PS.  Kenyataan akhbar yang dikeluarkan mendakwa ianya memberikan output  bersamaan dengan enjin petrol V6 dengan penjimatan ekonomi empat-silinder..

Kereta A6 Hybrid dipacukan oleh roda depan sahaja dan mendakwa ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa 7.3 saat dan boleh mencapai 6.41/100km dengan bahan api yang ekonomi.  Ini wajar bagi sebuah kereta sedan.  Sebagai ganti Hybrid, wajah baru kereta A6 datang dengan banyak lagi enjin diesel iaitu dari 150 bhp 2 liter hingga pada 320 bhp turbo berkembar V6 yang berprestasi tinggi.  Audi juga telah menggantikan transmisi Multitronic  continuously variable yang popular dengan unit 7-speed twin-clutch.

Audi-A6_2015_03

Previous post

DUCATI SCRAMBLE 2015

Next post

Perodua Serah Fleet Axia Pertama Ke Sekolah Memandu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *