Berita Auto

DUCATI SCRAMBLE 2015

Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) beri peluang pada para wartawan dan Kelab Ducati Malaysia melihat motor Ducati klasik yang berwajah baru iaitu Ducati Scrambler dalam satu prebiu eksklusif sebelum pelancarannya di Minggu Asia Ducati 2014.  Pendedahan itu berlaku di Kelab Beach, Kuala Lumpur dan secara tidak formal melancarkan produk Ducati alam satu minggu hebat di mana berlaku pelbagai aktiviti yang mendebarkan dan sambutan yang berlangsung serentak dengan minggu MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.

Ducati-0001

‘Bersempena dengan minggu MotoGP Malaysia, kami akan menjemput rakan-rakan dari seluruh dunia datang untuk merayakan Asia Ducati Week 2014. Kami amat berbangga menjadi tuan rumah bagi acara antarabangsa ini selama 3 tahun berturut turut dan berjaya menjadikan Malaysia dan Kuala Lumpur terutamanya sebagai destinasi pelancung bagi para peminat motor di seluruh dunia.” Kata Datuk Wira HJ SM Faisal Tan Sri Nasimuddin, NAZA Group Of Companies Joint Group Executive Chairman.

Ducati-0006

“Minggu Asia Ducati bagi tahun ini akan memperlihatkan pelancaran motor Ducati baru yang telah dipamerkan kepada dunia di Intermot Germany pada Oktober 2014 dan kami berbangga untuk mempamerkan edisi baru ini yang dikatakan satu ‘self-expression’ dan kami mengalu-alukan kepada semua ke dunia yang penuh keseronokan;” tambah Datuk Wira HJ SM Faisal lagi. “ Ducati Malaysia secara formal akan melancarkan rangkaian Ducati Scrambler sepenuhnya pada suku tahun pertama 2015,” ujar Datuk Wira HJ SM Faisal.

Ducati-0004

Selama beberapa bulan edisi Scrambler baru dijaga ketat dalam peti besar bewarna kuning, berkongsi hanya coretan maklumat mengenai rupa bentuk motor itu dan ciri-cirinya dalam 3 episod siri webyang disiarkan di internet. Sebagai penamat kepada penantian yang ditunggu-tunggu, motor Scrambler itu telah dipertontonkan dengan penuh gilang gemilang pada Minggu Ducati Dunia 2014. Motor Scrambler ini sekarang menjelajah seluruh dunia, membuat penampilan khas di beberapa buah Negara bagi peminat motor Ducati yang telah menunggu agak lama akan pengeluarannya.

Ducati-0005

Ducati Scrambler 2015 yang diinterpretasikan dari model ikon 1970an yang asal telah dikontemporarikan. Ia sebuah motor sporti yang senang dikawal, selesa, boleh didapati dan bergaya sama seperti model yang asal.  Walaupun ia ada ciri-ciri gaya retro, Scrambler ini bukan direka untuk mengikut nostalgia model asal tetapi ‘bertujuan untuk menjadi bagaimana  motosikal legenda Bologna dibina pada masa kini jika Ducati tidak pernah berhenti dari membinanya’.

Ducati-0003

Reka bentuk ‘post-heritage’ Scrambler telah mengambil yang terbaik dari masa lalu dan mengubahnya menjadi sesuatu yang unik dan terkini dan pada masa yang sama mengekalkan daya tarikan asal dan menghormati sejarahnya. Keseimbangan dari segi tradisi dan kemodenan : model ini menandakan kepulangan intipati tulen bagi motorsikal : dua roda, handlebar yang lebar, enjin yang simple dan keseronokan yang tiada batasan.

Dengan matlamat menghidupkan semula legenda dan meningkatkannya dengan spesifikasi teknikal permotoran hari ini, pereka Ducati itu menggunakan beberapa ciri-ciri yang telah diperhalusi seperti tangki bahan api; mengikut ciri-ciri reka bentuk asal iaitu ‘teardrop design’ dari model 1970an, satu inskripsi pada filler cap yang bertulis ‘Born in 1962’ dan lampu depan yang bulat.  Scrambler baru ini termasuk pelbagai ciri-ciri moden dan pemasangan seperti two-channel ABS braking, lampu depan yang dikuasakan oleh LED dan USB charging port di bawah tempat duduk.

Pada masa dulu, Scrambler motorsikal  250cc satu silinder dan kini ia dikuasakan oleh bahan api fuel-injected dan enjin air cooled 800cc L-Twin yang menghasilkan sehingga 75 kuasa kuda.  Scrambler baru yang dibuat khas ini akan dilancarkan secara resmi pada tahun hadapan dan akan datang dalam empat versi : iaitu ikon merah dan kuning, Black-framed klasik, hijau   Urban Enduro dan hitam full-throttle racer diserlahkan dengan warna kuning.

Berikutan dengan prebiu di Malaysia, Ducati Scrambler akan dipamerkan di pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia sebelum bergerak ke Negara seterusnya pada awal November ini.

Ducati-0002

Previous post

Ford Bekerjasama dengan SEMA Builders membina Trak F-150

Next post

Audi Beri Wajah Baru Pada A6 Range Globally, Tetapi Model Hybrid Tiada

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *