Berita Auto

Perodua Serah Fleet Axia Pertama Ke Sekolah Memandu

Perodua baru saja membuat penghantaran fleet pertama 11 unit Axia kepada Arinah Holdings (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat sekolah memandu yang berpangkalan di Terengganu dalam satu majlis yang kecil tetapi bermakna di sini. Penghantaran ini adalah sebahagian daripada 22 buah Perodua Axia yang akan dihantar ke Arinah Holdings pada tahun ini. Perbincangan masih berterusan untuk Arinah Holdings menukar kesemua kereta mereka yang ada sekarang kepada Perodua Axia untuk tahun depan.

“Penghantaran ini merupakan yang pertama dalam penghantaran jualan fleet kepada mana mana organisasi dan kami komited untuk menyampaikan kenderaan kami mengikut rencana penghantaran  – bantalan sebarang keadaan di luar jangkaan,” kata Datuk Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Kenderaan-kenderaan Perodua Axia telah diserahkan kepada Pengarah Urusan Arinah Holdings, En Mohd Nor Mohd Arifin oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua, En Zahari Husin. Aminar berkata Perodua telah menarik minat yang menggalakkan daripada syarikat-syarikat seperti sekolah memandu untuk mendapatkan varian Perodua Axia Standard E untuk kegunaan operasi mereka selain permintaan daripada pengguna persendirian. Perodua Axia Standard E adalah varian peringkat kemasukan kereta kompak yang dijual pada harga RM26,400 di Semenanjung Malaysia. Perodua Axia telah menerima lebih daripada 33,000 tempahan sejak tanggal 15 Ogos dan hampir 7,000 unit sudah pun dihantar sejak ia dilancarkan pada 15 September 2014. Perodua Axia adalah model ke-10 Perodua dan kenderaan mampu milik di negara ini. Ia juga kenderaan efisien tenaga pertama di negara ini yang yang berpotensi memperolehi sehingga 21.6km / l.

 

Previous post

Audi Beri Wajah Baru Pada A6 Range Globally, Tetapi Model Hybrid Tiada

Next post

Selamat Hari Deepavali

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *