Berita Auto

‘VENCER Sarthe’, Supercar Dari Belanda

Ini adalah pengeluar khusus baru dari Belanda, Vencer akhirnya mendedahkan spec-produksi Sarthe, Supercar yang sudah dalam pembuatan selama tiga tahun atau lebih. Harga dari Euro 270,882 membawanya hampir dengan harga Pagani.

Peminat sukan permotoran mungkin telah meneka bahawa Sarthe datang dari kemasyhuran Circuit de la Sarthe Le Mans. Jadi apakah keanehan Supercar ini agaknya? Sebagai permulaan, ia kelihatan lebih baik daripada Supercar-supercar yang lain dari Belanda seperti Spyker B6 dan C8 dan dalamannya yang memang cantik.

vencer-sarthe4

Cuba lihat kepada keluli transmisi manual yang berilhamkan Ferrari yang dikelilingi oleh gentian karbon. Ianya sesuatu yang kami dah bertahun tak nampak pada kereta produksi. Tambahan pula, Vencer mengatakan bahawa Sarthe dibangunkan dari mula sebagai “kereta super analog yang tulen,” Satu nafas baru berbanding supercars dan hypercars masa kini ini yang hanya tentang pedal gear, perbezaan elektronik, dan teknologi penghibridan.

vencer-sarthe5 (1)

Model neo-retro ini banyak diilhamkan oleh pelumba ikon endurance tahun 80-an. Memandangkan reka bentuk kabin adalah benar -benar minimalis dan sarat dengan butang dan suis keras, bererti terdapat perasaan kereta perlumbaan Le Mans di dalam. Hanya satu benda yang berbeza dalaman kereta adalah paparan skrin sentuh besar yang mendominasi sengkang.

vencer-sarthe6

Dengan berat hanya dalam 1,390 kgs, terima kasih kepada banyak serat karbon dan aluminium, senjata Sarthe adalah enjin V8 6.3 liter yang di supercharge untuk memgeluarkan 622 bhp dan 838 Nm tork. Hanya satu kereta akan dibina sebulan dan kebanyakannya dengan tangan, kadar yang berbaloi memandangkan enjin ini menawarkan jangkaan masa 0 hingga 100 km / h hanya 3.6 saat dan kelajuan tertinggi 338 km / j.

vencer-sarthe7

 

Previous post

BMW Mendapat G-POWER Bi-Tronik 5 V4 Tuning Untuk M6 Gran Coupe

Next post

Aston Martin Lagonda Sedia Untuk Dijual

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *