Cerita Auto

Mitsubishi Triton Tukar Lencana Kepada Lencana Fiat

Bahagian perdagangan kenderaan Fiat, iaitu ‘Profesional Light’ baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menjual pikap Mitsubishi Triton dengan lencana Fiat untuk pasaran Eropah dan Amerika Latin sahaja. Pelan perniagaan lima tahun Fiat Chrysler memerlukankan pikap untuk pasaran Eropah dan Amerika Latin bagi tahun 2016. Pikap kecil unibody daripada Fiat ialah Strada yang dihasilkan di Brazil dan dijual di Eropah dan Amerika Latin. Strada yang juga adalah model paling laris Fiat Profesional untuk tahun 2013 dengan jualan 134,000 unit.

mitsubishi_l200c

Ketua Eksekutif Fiat Chrysler Sergio Marchionne mensasarkan untuk kembali kepada keuntungan di Eropah pada 2016 dan memberi Fiat Profesional lebih banyak kenderaan untuk jualan adalah sebahagian penting daripada perancangan mereka. Pengeluar kereta itu telah mencatatkan kerugian terkumpul mencecah EUR2.15 bilion (USD2.93 bilion) di Eropah.

Di bawah pelan perniagaan 2006 nya untuk Fiat, Marchionne berikrar untuk menawarkan pikap yang besar dengan kapasiti muatan satu tan pada tahun 2008. Pikap ini akan dibina Fiat Argentina dan akan disokong oleh platform yang sama yang menyokong Tata Motors ‘Xenon. Fiat, bagaimanapun, mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengeluaran versi sendiri daripada Xenon. Rancangan yang sama pernah dimasukkan kedalam pelan perniagaan strategi 2010 Marchionne, tetapi pickup yang besar itu tidak menjadi.

mitsubishi_l200b

Previous post

Jualan Bentley Terbang Tinggi Di Korea

Next post

Lotus Uji Exige S baru @ Nurburgring

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *