Cerita Auto

Lotus Uji Exige S baru @ Nurburgring

Lotus baru-baru ini dilihat menguji dua prototaip Exige ‘S’ di Nurburgring. Mereka tidak kelihatan sangat berbeza dengan apa yang dipasaran, yang membawa kita berkesimpulan yang ini adalah model tahun 2015 atau 2016 yang mempunyai penambahan sedikit kuasa atau edisi khas yang setengah agresif, setengah lembut untuk diajukan kepada Cayman GTS yang telahpun dilancarkan baru-baru

Exige yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2000 yang pada dasarnya hanya versi coupe dua pintu Elise. Pada tahun 2012, kemas kini utama muncul dengan ketibaan model Siri 3, yang juga bermakna 3.5 liter V6 Supercharged dari Evora S juga disediakan. Untuk menampung enjin 350PS, model baru adalah 25cm lebih panjang dan 5 cm lebih luas daripada sebelum ini dan keseluruhannya, bertambah ghairah. Namun, walaupun apa yang banyak mempersetujui yang casis ini adalah casis yang terbaik di pasaran, ia masih gagal menangani jualan pesaing-pesaing Porsche mereka.

Lotus baru-baru ini mengumumkan pemberhentian 325 pekerjaan atau satu perempat daripada keseluruhan tenaga kerja kerana kekurangan kewangan dan ini menunjukkan bahawa syarikat ini merancang untuk menjadi lebih ramping dan lebih berkesan. Usaha pembuangan lemak. Pujian.

Lotus-Exige-S-V6

Previous post

Mitsubishi Triton Tukar Lencana Kepada Lencana Fiat

Next post

Infiniti G-Coupe Cabaran BMW 4 Series

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *