Anugerah / VOTY / Pameran MotorTrak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

VOTY 2022 // Pickup Truck Of The Year – Mazda BT-50

Anugerah Vehicle Of The Year (VOTY) 2022

Tidak seperti versi terdahulu yang menggunakan platform Ford Ranger, Mazda BT-50 generasi baharu ini dibangunkan berasaskan Isuzu D-Max. Model ini dipilih sebagai pemenang anugerah Trak Pikap Tahunan kerana rekaannya lebih menonjol jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya dan pada masa yang sama, karakternya sebagai sebuah trak pikap dikekalkan.

Mazda-BT-50-front-right-8.1

Sudah tentu, tarikan utama BT-50 adalah penggayaan Kodo yang membuatkan trak pikap itu kelihatan tidak ubah seperti mana-mana SUV keluaran Mazda seperti CX-5 dan CX-8. Disebabkan bentuk dan profil yang berbeza, memindahkan reka bentuk SUV ke sebuah trak pikap bukanlah kerja yang mudah namun Mazda berjaya melakukannya dengan baik.

Ruang dalamannya juga sama. Dengan upholsteri kulit dan material-material yang lembut pada sentuhan, anda mungkin terlupa yang BT-50 merupakan trak pikap dan bukannya SUV.

Alatan BT-50

BT-50 serba baharu datang dalam dua konfigurasi, bergantung pada enjin. Enjin diesel 1.9L dan enjin diesel 3.0L kedua-duanya digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang menggunakan struktur geartrain padat dan sistem kawalan hidraulik tindak balas tinggi untuk kecekapan maksimum. Standard pada BT-50 ialah Rear Differential Lock.

Peralatan termasuk: tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 8-hala, bolong penghawa dingin belakang, 7 beg udara SRS, ISOFIX, kunci pintu automatik, Anti-lock Braking System, Electronic Brake-Force Distribution, Electronic Stability Control, Traction Control System, Hill Launch Assist, dan Hill Descent Control.

Advanced Driver Assist Systems turut hadir pada BT-50 baharu. Ini termasukAutomatic High Beam, Blind Spot Monitoring, Rear Cross-Traffic Alert, Lane Departure Warning System, Forward Collision Warning, Auto Emergency Braking, dan Adaptive Cruise Control.

Warna, Harga Dan Waranti

Pilihan warna untuk Malaysia termasuk:

  • Rock Grey Mica
  • Gunblue Mica
  • Ice White
  • Red Volcano Mica
  • True Black Mica

Mazda BT-50 didatangkan dengan waranti pengeluar selama 5 tahun/100,000km.

VARIANTALL-NEW MAZDA BT-50 (RM)
MAZDA BT-50 1.9L AT Double Cab (High)RM 124,179.20
MAZDA BT-50 3.0L AT Double Cab (High Plus)RM 143,218.40

Harga Semenanjung Malaysia Ditunjukkan. Pendaftaran Persendirian. On-the-road tanpa insuran.

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2021 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

Selang Servis Peugeot Dilanjutkan Hingga 15,000km/12 Bulan Di Malaysia

Next post

VOTY 2022 // Performance Crossover Of The Year – Lexus NX 350 F-Sport

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *