Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha MT-15 2022 Dijual Pada Harga RM12,298

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan bahawa Yamaha MT-15 boleh didapati dalam tiga warna baharu iaitu Icon Blue, Midnight Black dan Cyan Storm.

Model naked itu dilancarkan di Malaysia pada November 2020 dan menerima kemas kini pertamanya pada September 2020.

Yamaha MT-15 2022

Di samping pilihan warna baharu, MT-15 kekal dengan enjin sejukan cecair 155 cc, SOHC silinder tunggal bersesaran 155 cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang mampu menjana 19.3 PS pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm pada 8,500 rpm.

Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi enam kelajuan yang dipadankan dengan klac jenis ‘Assist & Slipper’ untuk penukaran gear yang lebih cepat dan lancar.

Model ini menggunakan kerangka Deltabox yang dipadankan dengan fork terbalik pada bahagian depan dan lengan ayun aluminium pada bahagian belakang. Selain itu, ia dilengkapi dengan rim 17 inci yang dipadankan dengan tayar bersaiz 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang.

Yamaha MT-15 2022

Sistem brek terdiri daripada cakera tunggal pada bahagian depan dan belakang, manakala tangki minyak pula berkapasiti 10 liter. Turut disertakan adalah lampu LED berkembar dan panel meter LCD.

Menurut HLYM, harga jalan MT-15 bagi 2022 adalah RM12,298 tidak termasuk insurans dan pendaftaran, menunjukkan kenaikan sebanyak RM310 berbanding sebelum ini. Setiap pembelian didatangkan dengan kunci brek cakera bernilai RM100.

Previous post

Laporan Jumlah Kereta Melebihi Populasi Malaysia Tidak Benar

Next post

Kilang Mazda Akan Menjadi Neutral Karbon Menjelang 2035

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *