Berita Auto

Laporan Jumlah Kereta Melebihi Populasi Malaysia Tidak Benar

Bekas Menteri Pengangkutan Sri Liow Tiong Lai menyangkal laporan media baru-baru ini yang menyatakan bahawa jumlah kenderaan telah melebihi populasi penduduk di Malaysia.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata laporan jumlah kenderaan berdaftar sebanyak 33 juta itu tidak menggambarkan keadaan semasa populasi kenderaan di negara ini kerana angka tersebut merangkumi kenderaan yang didaftarkan sejak zaman penjajahan British.

“Tajuk (laporan media) sangat mengelirukan. Tidak mungkin jumlah kenderaan melebihi jumlah penduduk Malaysia,” kata beliau.

Malah, pada tahun lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata jabatan itu telah mentadbir 33.05 juta kenderaan dalam tempoh 75 tahun sejak ia diperbadankan pada 1 April 1946 sebagai Pendaftar dan Inspektor Kenderaan Bermotor (RIMV).

Liow menggesa kerajaan untuk segera memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

“Mereka mesti meletakkan fakta dalam perspektif yang betul,” katanya.

Tambah beliau lagi, JPJ boleh menggunakan rekod pembaharuan cukai jalan terkini untuk mengesahkan angka berkenaan.

Beliau turut mencadangkan jabatan itu mengeluarkan ‘sijil kematian’ untuk kenderaan yang tidak lagi aktif memandangkan Malaysia tidak mempunyai polisi ‘akhir hayat’ seperti negara-negara maju.

Previous post

MG Mulan Electric Crossover-Hatchback Dipersembahkan Di China

Next post

Yamaha MT-15 2022 Dijual Pada Harga RM12,298

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *