Berita Auto

Bidaan Nombor Pendaftaran BRA Akan Dibuka Bermula 29 Jun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan bahawa siri nombor pendaftaran BRA akan dibuka untuk bidaan dari 29 Jun hingga 3 Julai 2022.

Seperti yang telah dilakukan sejak 2019, bidaan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi platform JPJ eBid. Keputusan akan diumumkan menerusi emel pada hari berikutnya selepas tarikh akhir tempoh bidaan.

Kepada mereka yang tidak biasa dengan JPJ eBid, platform ini mudah untuk digunakan dan paling penting, ia membolehkan anda membida nombor yang anda inginkan tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan JPJ atau menggunakan perkhidmatan ‘runner’.

Pertama sekali, anda hanya perlu mendaftar di JPJ eBid, sama ada sebagai individu atau syarikat. Seterusnya, log masuk menggunakan nombor kad pengenalan anda sebagai ID (atau nombor pendaftaran syarikat). Sebaik sahaja masuk, anda akan dapat melihat siri nombor pendaftaran yang sedang dibuka untuk pembidaan.

Siri nombor pendaftaran dibahagikan kepada empat kategori iaitu Nombor Bernilai Utama (Golden), Nombor Menarik (Attractive), Nombor Popular (Popular) dan Nombor Semasa (Running).

Untuk Nombor Bernilai Utama (1 hingga 10), bidaan minimum adalah RM20,000, dengan kenaikan bidaan minima sebanyak RM1,000. Bidaan untuk Nombor Menarik (11, 12, 13, 77, 88, 99 dsb.) bermula dari RM3,000 dan kenaikan bidaan minima adalah RM150.

Sementara itu, Nombor Popular bermula dari RM800, dengan kenaikan bidaan minima sebanyak RM40. Untuk Nombor Semasa pula, ia boleh dibida bermula dari RM300 dengan kenaikan bidaan minima sebanyak RM15. Bidaan minima akan meningkat sebanyak 100% dalam tempoh 30 minit terakhir tempoh pembidaan.

Pembida yang berjaya akan diberikan tempoh 12 bulan untuk mendaftarkan nombor tersebut pada kenderaan. Sekiranya gagal, nombor tersebut ditarik balik dan bayaran tidak akan dipulangkan semula.

Previous post

Peugeot 408 Debut Sebagai Crossover Berasaskan 308 Bergaya

Next post

SUV Elektrik MG Marvel R Dijual Di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *