Promosi / Tawaran / Peraduan

SDAC-Ford Tawar Penjimatan Sehingga 20 Peratus Untuk Servis

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan promosi servis hujung tahun dan Tahun Baru Cina bermula 1 Disember 2021 hingga 15 Februari 2022.

Penjimatan Sehingga 20 Peratus dan Barangan Cenderamata Percuma

Pelanggan yang menempah servis sepanjang tempoh kempen ini akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan 10 peratus untuk kos buruh minyak pelincir, brek dan pakej tali sawat pemasaan, selain diskaun alat ganti terpilih.

Pelanggan yang mendapatkan pakej tambahan minyak pelincir dengan pembelian RM40 untuk mana-mana alat ganti atau servis akan mendapat pelitup muka Ford secara percuma. Mereka yang membuat pembelian tambahan RM500 untuk alat ganti dan servis untuk pakej brek dan tali sawat pemasa akan mendapat beg anyam denim yang berserta pelitup muka Ford.

Turut ditawarkan adalah pemeriksaan kenderaan 27-poin yang dilakukan oleh juruteknik bertauliah Ford secara percuma.

Alat Ganti Tulen Ford dengan Waranti

Hanya alat ganti OEM yang digunakan untuk kerja servis kenderaan di mana-mana pusat servis Ford yang bertauliah di seluruh negara. Alat ganti tulen Ford direka khusus untuk kenderaan Ford dengan standard kualiti, pemasangan dan kemasan yang terbaik.

Ia turut didatangkan dengan waranti 12 bulan atau 20,000km, mana yang terdahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Selain itu, semua juruteknik di pusat servis bertauliah Ford mendapat pentauliahan Ford dan dilengkapi dengan peralatan diagnostik yang diperakui Ford.

Tempah Janji Temu Servis Dalam Talian

Pelanggan boleh menempah janji temu secara dalam talian melalui laman web Ford pada bila-bila masa, untuk mana-mana pusat servis Ford yang berdaftar di seluruh negara.

Lima pusat servis iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching menyediakan kemudahan tempahan janji temu e-Servis dalam masa sebenar. Ini membolehkan pelanggan terus mengetahui slot yang ada dan membuat pengesahan tempahan (untuk sebulan lebih awal).

Tempahan janji temu dalam talian boleh dibut di sini.

Selain itu, pelanggan juga boleh membuat janji temu di pusat servis berdaftar Ford yang ada di sini. Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi sila layari www.sdacford.com.my

Previous post

Mazda BT-50 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia

Next post

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport Dilancarkan Di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *