Cerita Auto

Modellista Hasilkan Kit Badan Untuk Toyota Land Cruiser

Tidak banyak jenama ‘aftermarket’ yang sinonim dengan model-model keluaran Toyota jika hendak dibandingkan dengan Modellista. Terkini, syarikat talaan dari Jepun itu telah memperkenalkan pakej naik taraf untuk Land Cruiser siri 300 yang diperkenalkan pada bulan lalu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-26

Pakej tersebut agak ringkas dan merangkumi tiga bahagian sahaja iaitu bampar hadapan, bampar belakang dan rim. Seperti yang boleh dilihat, bampar hadapan itu lebih sporty dengan rekaan yang bersegi dan bukaan udara yang lebih besar.

Tema sporty itu diteruskan pada bahagian belakang di mana bampar kini dilengkapi dengan diffuser berwarna hitam yang mempunyai corak bermotifkan sarang lebah (honeycomb) dan sepasang pemantul cahaya.

Jika ini tidak mencukupi, pelanggan juga boleh mendapatkan rim berukuran 21 inci dengan rekaan yang menarik. Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam matte dan dua tona dengan kemasan krom pada bahagian luaran.

Land Cruiser baharu dibangunkan di atas platform TNGA (GA-F) yang mana menurut Toyota menjadikan SUV itu 200 kg lebih ringan, dengan pengagihan berat yang lebih seimbang dan pusat graviti yang lebih rendah.

Tidak seperti versi terdahulu yang dikuasakan oleh enjin 5.7-liter V8, model ini hadir dengan dua pilihan enjin V6 turbo berkembar yang menjana 415 PS dan 650 Nm bagi versi petrol dan 309 PS dan 700 Nm bagi versi diesel.

Selain sistem suspensi Kinetic Dynamic Suspension System (KDSS) yang dipertingkatkan, SUV ini juga dilengkapi dengan dua teknologi off-road baharu iaitu Multi-Terrain Monitor dan Multi-Terrain Select.

Previous post

Volvo Dan Geely Tubuhkan Syarikat Enjin Baharu: Aurobay

Next post

Tonggak Pengeluaran Subaru AWD Yang Ke 20 Juta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *