Berita Auto

Volvo Dan Geely Tubuhkan Syarikat Enjin Baharu: Aurobay

Volvo Cars dan Geely Holding telah mengumumkan persetujuan untuk mewujudkan sebuah syarikat usaha sama yang dikenali sebagai Aurobay untuk operasi trenkuasanya. Syarikat baharu ini akan menjadi pembekal solusi trenkuasa lengkap termasuk enjin pembakaran dalaman, transmisi dan sistem hibrid generasi baharu di peringkat global.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-26

Aurobay pada mulanya akan dimiliki secara bersama oleh Volvo Cars dan Geely Holding. Volvo kemudiannya akan memindahkan semua aset dalam anak syarikatnya iaitu Powertrain Engineering Sweden, termasuk kilang enjin Skövde, pasukan R&D, kilang di China serta lain-lain aset berkaitan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Penubuhan usaha sama ini membolehkan Volvo untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan barisan kereta elektrik serba baharunya. Menjelang 2025, pengeluar kenderaan dari Sweden itu mensasarkan 50 peratus dari jualan globalnya terdiri daripada kereta elektrik manakala 50 peratus lagi adalah hibrid, dengan trenkuasa yang dibekalkan oleh Aurobay. Menjelang 2030, setiap kereta yang dijual oleh Volvo adalah elektrik sepenuhnya.

Bagi Geely Holding pula, entiti baharu ini akan mendapat manfaat dari pasukan R&D yang kuat, serta enjin dan trenkuasa hibrid yang canggih dan cekap untuk portfolio jenamanya.

Selain membekalkan trenkuasa untuk jenama-jenama yang bernaung di bawah Kumpulan Geely Holding, Aurobay turut menetapkan sasaran untuk menjadi pembekal kepada pengeluar-pengeluar lain.

Previous post

Maserati MC20 Muncul Di Goodwood Festival Of Speed Buat Pertama Kalinya

Next post

Modellista Hasilkan Kit Badan Untuk Toyota Land Cruiser

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *