Bisnes

Jualan Proton Susut 37.1 Peratus Pada Mei

Proton telah mengumumkan prestasi jualannya bagi bulan Mei 2021, di mana syarikat itu menjual 9,440 unit kenderaan bagi pasaran domestik dan eksport.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-11

Jumlah tersebut menunjukkan penyusutan sebanyak 37.1 peratus berbanding April, dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 20.3 peratus. Menurut Proton, penyusutan tersebut disebabkan oleh isu kekurangan cip dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehingga penghujung bulan Mei, jumlah jualan yang telah direkodkan adalah 57,283 unit dengan pegangan pasaran sebanyak 23.5 peratus, iaitu naik 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dari segi prestasi model secara individu, Saga mengakhiri bulan Mei dengan jualan terbanyak bagi segmen A apabila 3,786 unit diserahkan kepada pemilik. Sementara itu, jualan X50 pula mencapai 1,899 unit manakala X70 mencecah 1,523 unit. Exora terus mendahului segmen MPV C dengan jualan sebanyak 399 unit pada bulan lalu.

Pada masa yang sama, usaha jualan Proton di luar negara terus membina momentum dengan 669 unit Saga, X50 dan X70 dieksport pada bulan Mei, sekaligus memberikan bulan terbaik untuk bahagian jualan antarabangsa syarikat sejak Mac 2013. Dengan itu, jumlah jualan pasaran eksport bagi tahun 2021 setakat ini hanya kurang 100 unit sahaja berbanding jumlah jualan keseluruhan tahun lepas.

“Jualan kereta bulan Mei menurun atas pelbagai faktor seperti kekurangan bekalan cip dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pertengahan bulan. Walaupun kebanyakan pemain industri mempunyai tempahan yang mencukupi, kebanyakan perlu bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

2019-Saga 1

“Bagi PROTON, jualan kami mencukupi untuk kekal di tempat kedua secara keseluruhan dan kami juga menerima sumbangan daripada bahagian eksport yang berjaya mencapai jualan tertinggi dalam tempoh 98 bulan walaupun menghadapi cabaran dari rangkaian penghantaran antarabangsa,” tambah beliau.

Previous post

Harga Toyota Corolla Cross CKD Spesifikasi Tinggi RM129,266

Next post

Maxus MIFA Concept Adalah Sebuah MPV EV Yang Ada Banyak Power

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *