Bisnes

Perodua Jual 20,399 Unit Kenderaan Pada April 2021

Perodua telah mengumumkan prestasi jualannya bagi April 2021, di mana ia berjaya menjual 20,399 unit kenderaan. 4,624 unit atau 22% daripada jumlah tersebut adalah Ativa, sekaligus menjadikan jumlah pendaftarannya hampir 9,000 unit setakat ini.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-9

Menurut Perodua, permintaan untuk Ativa kekal tinggi dengan hampir 290 tempahan sehari secara purata. Bergantung kepada warna dan varian, tempoh menunggu untuk model itu kini dari dua hingga empat bulan. Pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat mengenai tempoh menunggu daripada penasihat jualan Perodua yang sah.

Jualan 20,399 kenderaan Perodua pada bulan lalu menunjukkan penurunan sebanyak 16.5% daripada 24,431 unit yang dicatat pada Mac berikutan isu kekurangan cip semikonduktor yang memberi kesan negatif kepada pelbagai industri secara global.

“Walaupun isu kekurangan cip semikonduktor masih berlangsung secara global, Perodua berjaya menghasilkan 20,278 kenderaan pada April 2021, menjadikan jumlah pengeluaran kami setakat tahun ini sebanyak 80,661 unit,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Dalam kenyataan rasmi syarikat, Dato’ Zainal berkata pihaknya sedang mengkaji kesemua sumber yang ada untuk menangani isu kekurangan cip, termasuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dan rakan-rakan niaga untuk mencari penyelesaian.

“Kami akan bertungkus lumus untuk menyerahkan sebanyak kenderaan yang mungkin sebelum tamatnya pengecualian cukai jualan kerajaan pada akhir-Jun ini,” tambah beliau.

Angka jualan April 2021 melonjakkan jumlah jualan Perodua setakat tahun ini kepada 78,304 kenderaan, mewakili peningkatan 74% berbanding jualan 45,034 unit dalam empat bulan pertama 2020.

Previous post

SPAREXHUB Menawarkan Diskaun Sehingga 80 Peratus Untuk Semua Alat Ganti Hyundai dan Ford

Next post

Nissan Flagship Store Dilancarkan Di Lazada Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *