Berita Auto

Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line Versi CKD Dilancarkan

Dilancarkan di Malaysia buat kali pertama pada Mac 2019, Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line kini boleh didapati dalam versi pemasangan tempatan (CKD). SUV mewah itu ditawarkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk pada harga RM475,501.23 selepas pengecualian cukai jualan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-38

Dari segi penampilan, ia hadir dengan pakej AMG Line yang mengetengahkan imej sporty, digabungkan dengan pin krom pada jeriji radiator, rim aloi ringan AMG berukuran 21 inci dan lampu Multibeam LED. Sementara itu, ruang dalaman pula dihiasi dengan elemen trim kayu oak.

Sistem infohibur yang disertakan pada model ini merangkumi sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) NTG 6 dengan dua paparan lebar berukuran 12.3 inci, serta sistem audio Burmester. Turut disertakan adalah pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna.

Di bawah hud, terdapat enjin turbo enam silinder sebaris berkapasiti 3.0-liter yang menghamburkan 367 hp dan 500 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan, yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda menerusi sistem pacuan semua roda 4MATIC.

GLE 450 didatangkan standard dengan pakej AIRMATIC, iaitu sistem peredam adaptif yang digabungkan dengan suspensi udara bagi menyesuaikan suspensi mengikut secara automatik mengikut kondisi pemanduan, kelajuan serta muatan.

Untuk sistem keselamatan dan bantuan pemandu pula, antara ciri yang disertakan termasuklah Active Distance DISTRONIC, Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist dan kamera 360 darjah.

Previous post

Perodua Sumbang Bekalan Perubatan Tambahan Bernilai RM80,000 Kepada Hospital Sungai Buloh

Next post

Scania Memperkukuh Penguasaan Pasaran Bengteng

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *