Motosikal / Lain Lain Roda

Honda X-ADV Ditambahbaik Untuk 2021

Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia pada 2018, Honda X-ADV kini diberi penambahbaikan dari segi reka bentuk serta prestasi bagi terus menarik perhatian peminat skuter kembara di negara ini.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-3

Model ini masih dikuasakan oleh enjin sejukan cecair dua silinder sebaris bersesaran 745 cc, namun untuk 2021, kuasa telah dipertingkatkan dari 40 kW (54 hp) kepada 43 kW (58 hp) pada 6,750 rpm, manakala tork juga naik sebanyak 1 Nm kepada 69 Nm pada 4,750 rpm.

Menurut Boon Siew Honda, transmisi klac berkembar (DCT) enam kelajuannya kini mempunyai nisbah gear pertama, kedua dan ketiga yang lebih pendek untuk prestasi pecutan yang lebih baik. Sementara itu, nisbah gear keempat, kelima dan keenam yang lebih tinggi pula menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih cekap.

X-ADV mempunyai empat mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Rain dan Gravel, serta mod User yang boleh disesuaikan mengikut kehendak penunggang. Sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) kini didatangkan dengan tiga tahap intervensi manakala DCT mempunyai penukaran gear automatik yang dihubungkan dengan mod tunggangan.

Semua ini boleh diakses menerusi paparan TFT berukuran lima inci, yang turut dilengkapi dengan sistem Honda Smartphone Voice Control (HSVCS). Sistem ini menyambungkan telefon pintar ke paparan tersebut menerusi Bluetooth bagi membolehkan penunggang menguruskan panggilan, email, muzik dan navigasi dengan menggunakan pengecaman suara.

Dari segi penggayaan, setiap panel X-ADV telah direka semula untuk penampilan yang lebih tajam dan agresif. Ini diperhebatkan lagi menerusi kehadiran lampu berkembar LED baharu dengan lampu nyalaan siang yang boleh disesuaikan secara automatik mengikut keadaan cahaya ambien.

Untuk kemudahan penggunaa, Boon Siew Honda turut menyertakan cermin penghadang angin baharu, kompartmen glovebox 1.2 liter dan ruang penyimpanan di bawah tempat yang lebih besar (22 liter), lengkap dengan port pengecas USB.

Ditawarkan dalam warna Pearl Deep Mud Grey, Grand Prix Red, dan Graphite Black, Honda X-ADV 2021 dijual pada harga RM67,799 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Seres Huawei Smart Selection SF5 Mula Dijual Di China

Next post

Daihatsu Rocky Dilancarkan Di Indonesia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *