Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Seres Huawei Smart Selection SF5 Mula Dijual Di China

Gergasi telefon pintar China iaitu Huawei telah menandakan kemasukan pertamanya ke perniagaan kereta elektrik dengan pelancaran model Seres Huawei Smart Selection SF5 baharu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-3

Dipertontonkan kepada umum di Shanghai Auto Show 2021 yang berlangsung baru-baru ini, SF5 dibangunkan dengan kerjasama Seres, sebuah pengeluar kereta elektrik yang berpengkalan di California. Selain model ini, syarikat itu juga mempunyai satu lagi model elektrik dalam portfolionya iaitu SF7.

Berbalik kepada SF5, Huawei berkata bahawa crossover itu mempunyai jarak pemanduan elektrik sejauh 180 km. Terdapat juga versi ‘range extender’ yang mana menurut laporan menggunakan enjin 1.5-liter empat silinder untuk memberikan jarak pemanduan sehingga 1,000 km dengan satu cas penuh.

Ciri-ciri lain SF5 adalah seperti berikut:

  • Pecutan 0-100 km/j dalam 4.68 saat
  • Casis aluminium ringan
  • Suspensi double wishbone di hadapan dan multi-link di belakang
  • Ciri Huawei HiCar menghubungkan telefon pintar pemandu dengan kereta untuk navigasi, musik dan sebagainya
  • HiCar juga boleh menghubungkan kereta dengan peranti pintar yang lain untuk dikawal oleh pemandu dari dalam kereta
  • Sistem audio 3D dengan 11 pembesar suara memberikan kualiti bunyi seperti opera
  • Ciri Vehicle-to-Vehicle (V2V) memberikan kuasa elektrik kepada kenderaan lain dalam situasi kecemasan
  • Ciri Vehicle-to-Load (V2L) boleh digunakan untuk peralatan elektrik seperti dapur induksi, stereo dan sebagainya
  • Sistem bantuan pemandu tahap L2+, Traffic Congestion Assistance dan Adaptive Cruise Control

SF5 akan ditawarkan dalam versi motor tunggal (2WD) yang berharga 216,800 yuan (RM137,138) dan versi motor berkembar (4WD) pada harga 246,800 yuan (RM156,115). Ia boleh didapati di semua kedai flagship Huawei di seluruh China.

Previous post

Peugeot 2008 Akan Menjadi Peugeot Pertama Yang Dilancarkan Oleh Berjaya Auto Alliance

Next post

Honda X-ADV Ditambahbaik Untuk 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *