Cerita Auto

Ferrari 812 Competizione Diperkenalkan

Seperti yang dijanjikan, Ferrari secara rasminya telah memperkenalkan model edisi terhad terbaru mereka iaitu 812 Competizione. Pada masa yang sama, versi bumbung targa iaitu 812 Competizion A turut didedahkan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-12

Kedua-dua jentera eksklusif ini dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 6.5-liter V12 yang menghasilkan 830 PS pada 9,250 rpm dan 692 Nm pada 7,000 rpm. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 30 hp dan penurunan sebanyak 26 Nm berbanding 812 Superfast. Walaupun begitu, enjin yang telah ditala itu mampu mencapai 9,500 rpm, menjadikan ia enjin dengan putaran rev paling tinggi dalam sejarah Ferrari.

Pelbagai modifikasi telah dilakukan bagi membolehkan enjin tersebut berputar pada kelajuan yang begitu tinggi. Antaranya adalah menggunakan con-rod titanium yang 40% lebih ringan berbanding jenis keluli, serta menggunakan lapisan DLC (Diamond-Like Carbon) pada pin omboh. Aci engkol turut diseimbangkan semula manakala sistem ambilan udara pula diberi rekaan baharu bagi mendapatkan lebih banyak kuasa pada julat rev tinggi.

Kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan turut ditala semula dan ini membolehkan ia menukar gear 5% lebih pantas berbanding sebelum ini. Dengan berat badan yang tidak sampai 1,500 kg dan ciri aerodinamik yang telah dipertingkatkan, 812 Competizione boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.85 saat, dan dari 0 hingga 200 km/j dalam 7.5 saat, iaitu 0.4 saat lebih pantas berbanding 812 Superfast. Kelajuan maksimum pula kekal pada 340 km/j.

Angka prestasi bagi 812 Competizione A masih belum didedahkan, namun ia dijangka sedikit perlahan berbanding versi coupe ini. Menurut Ferrari, versi ini mempunyai bumbung targa yang diperbuat daripada gentian karbon yang boleh disimpan di dalam kompartmen yang mempunyai bentuk yang sama.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, lubang ambilan udara, diffuser belakang dan konfigurasi ekzos telah direka semula bagi mendapatkan janaan ‘downforce’ yang lebih tinggi. Bilah gentian karbon pada bahagian hadapan menjadikan bonet kelihatan lebih pendek dan lebar, manakala panel aluminium dengan penjana vortex yang terdapat di belakang meningkatkan kecekapan aerodinamik jentera ini.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan sistem stereng empat roda bebas bagi mendapatkan pengendalian yang lebih lincah dan responsif, dan ciri Side Slip Control 7.0 yang ditugaskan untuk memantau semua aspek berkaitan dinamik pemanduan.

Previous post

Chemtrax Menerima 3 New Truck Generation Scania Yang Pertama

Next post

Mahukah Anda Membeli Flagship Proton X50 Terpakai Sekarang?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *