Berita Auto

CKL Group Lancar Program Pelesanan Lim Tayar Family

CKL Group telah melancarkan program pelesenan Lim Tayar Family (LTF) bagi industri selepas jualan yang terdiri daripada penjual tayar dan pemilik bengkel kereta untuk mengembangkan perniagaan dan keuntungan mereka.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-38

Melalui program LTF ini, penjual tayar dan pemilik bengkel akan menerima kepakaran dan sokongan untuk memajukan dan menguruskan perniagaan mereka menerusi Lim Tayar, yang terkenal dalam industri perkhidmatan kenderaan di Malaysia.

Menurut Clement Lim, Pengarah Urusan Bersama CKL Group, banyak rintangan terpaksa dihadapi oleh peniaga kenderaan yang disebabkan oleh pandemik yang melanda sejak tahun lepas.

Lim Tayar Family

“Justeru, kami telah mewujudkan program ini khusus untuk menawarkan bantuan kepada para pemilik yang menantikan peluang yang lebih baik. Program ini disesuaikan untuk sesiapa yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dengan disokong oleh pusat perkhidmatan kenderaan yang terkemuka.”

“Lim Tayar merupakan salah satu pusat sehenti servis kenderaan terbesar di Malaysia. Bersama syarikat gabungan kami School of Skills yang menawarkan latihan teknikal vokasional, kami yakin bahawa kami dapat membantu rakan kongsi kami untuk membina kemahiran kakitangan mereka dan mengurangkan masalah tenaga kerja yang dihadapi oleh industri ini,” tambah beliau.

Lim Tayar Family

Di bawah program ini, bengkel berlesen atau penjual tayar akan mendapat sokongan dari Lim Tayar yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam industri. Faedah lain termasuk sokongan stok seperti tayar, minyak enjin, alat ganti, bateri, pemasaran serta solusi operasi perniagaan yang menyeluruh meliputi sistem titik jualan, senarai harga tetap dan premis perniagaan yang lengkap tersedia dan terletak di lokasi yang strategik.

Program LTF ini menawarkan faedah mirip francais, namun begitu rakan bengkel diberi kelonggaran untuk menawarkan perkhidmatan lain atau kepakaran dalam bidang lain selain daripada yang ditawarkan oleh Lim Tayar. Terdapat juga pelan pembiayaan yang fleksibel untuk program ini termasuk pelan bayaran ansuran untuk yuran pelesenan.

Lim Tayar Family

Program pelesenan ini bermakna Lim Tayar akan mengembangkan perkhidmatan dan rangkaiannnya ke seluruh negara. Pada masa ini, CKL Group mempunyai 18 pusat servis di sekitar Lembah Klang dan satu di Seremban.

Inisiatif terbaharu oleh CKL Group ini turut disokong oleh rakan niaga Lim Tayar yang lain seperti Castrol, Nokian, Interstate, Bendix, 3M dan lain-lain.

Mereka yang berminat boleh layari https://family.limtayar.com.my/ untuk maklumat lanjut tentang program tersebut.

Previous post

McLaren 720S Dalam Livery Gulf Adalah Impian Pengumpul

Next post

Perodua Sumbang Bekalan Perubatan Tambahan Bernilai RM80,000 Kepada Hospital Sungai Buloh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *