Cerita Auto

BMW 630i GT M Sport LCI Masuk Pasaran Malaysia – RM417,659

Di samping 530i M Sport dan 530e M Sport, BMW Malaysia turut sempat melancarkan 6 Series facelift hari ini. Seperti sebelum ini, ia didatangkan dalam satu varian pemasangan tempatan (CKD) iaitu 630i GT M Sport. Harga bermula dari RM417,659.05 (tanpa SST) dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej penyelenggaraan lima tahun/100,000 km. Dengan SST, harga model ini akan melonjak ke RM430,839.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-63

Kuasa di bekalkan oleh enjin petrol 2.0-liter empat silinder BMW TwinPower Turbo yang menghasilkan 258 hp dan 400 Nm. Transmisi automatik lapan kelajuan yang menggerakkan roda belakang membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.5 saat. Model ‘facelift’ ini membawa rekaan bahagian hadapan dan belakang yang lebih segar, gril ‘kidney’ yang lebih besar dan lampu yang lebih canggih.

Senarai kelengkapan yang ada pada model ini adalah seperti berikut:

  • BMW Laserlight dengan ciri bantuan lampu puncak
  • Roda aloi ringan M 20 inci dalam penggayaan ‘Star’ 817 M Bicolour
  • Tayar bercampur dan ‘run flat’
  • Angkup brek M Sport berwarna biru dengan logo M
  • Shadow Line M berglos tinggi
  • Paip ekzos berbentuk trapezium di kedua-dua sisi
  • Spoiler belakang aktif
  • Comfort Access
  • BMW Display Key
  • Kerusi ditinggikan 5 cm
  • Upholsteri kulit Dakota
  • Pelapik bumbung anthracite
  • Trim ‘fine-wood ash trunkwood’ dengan penyudah Pearl Chrome
  • Panel instrumen dalam Sensatec
  • Tempat duduk sport untuk pemandu dan penumpang hadapan
  • Paparan pandu (Head-Up Display)
  • Penyaman udara automatik dengan 4 zon kawalan
  • Tirai gulung
  • Bumbung kaca panoramik dwi bahagian
  • Sistem audio Harman Kardon dengan 16 pembesar suara
  • Driving Assistant dan Parking Assistant Plus
  • Kawalan Luncur Aktif dengan fungsi Stop & Go
  • BMW Live Cockpit Professional dengan BMW Operating System 7
  • Pengemaskinian Perisian Berjarak Jauh
  • BMW Intelligent Personal Assistant
  • BMW Gesture Control

630i GT M Sport ditawarkan dalam empat warna iaitu Bernina Grey Amber Effect, Mineral White, Carbon Black dan Sophisto Grey Brilliant Effect. Ruang dalaman pula dihiasi dengan upholsteri kulit Dakota hitam atau Cognac.

Previous post

Kilang Torslanda Volvo Cars Kini Climate Neutral

Next post

Cupra Born Ialah ID VW.3 Dengan Lebih Kuasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *