Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW 530e M Sport LCI Dilancarkan Pada Harga RM334,353 Tanpa SST

Dilancarkan bersama-sama dengan BMW 530i M Sport hari ini adalah versi hibrid plug-in (PHEV) 5 Series LCI iaitu 530e M Sport. Jika dibandingkan dengan versi petrol itu, 530e dilihat mempunyai spesifikasi yang lebih rendah dan ada beberapa ciri yang tidak disertakan seperti BMW Laserlight, sistem audio Harman Kardon, Kawalan Luncur Aktif dengan fungsi Stop&Go dan sebagainya.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-64
BMW 530e M Sport LCI

Oleh itu, perbezaan dari segi kelengkapan dan ciri-ciri antara kedua-dua model ini boleh dilihat menerusi harga, di mana 530e ditawarkan pada harga kira-kira RM50,000 lebih rendah berbanding 530i. Berikut adalah senarai kelengkapan model ini:

BMW 530e M Sport – RM340,800 (dengan SST) atau RM334,353.95 (tanpa SST)

  • Enjin petrol 2.0-liter empat silinder sebaris BMW TwinPower Turbo + motor elektrik eDrive 109 hp
  • Kuasa keseluruhan: 292 hp dan 420 Nm
  • 0-100 km/j dalam 5.9 saat
  • Jarak pemanduan elektrik 67 km, kelajuan maksimum sehingga 140 km/j dengan kuasa elektrik
  • Pengecasan mengambil masa antara 3 jam 35 minit hingga 6 jam, bergantung kepada sumber pengecasan
  • Tambahan 40 hp untuk sementara dengan BMW Xtra Boost
  • Lampu hadapan Adaptive LED
  • BMW Individual Shadow Line berglos tinggi
  • BMW Selective Beam dengan High-Beam Assistant dan Adaptive Cornering Function
  • Rim aloi ringan M Y-Spoke 845 M Bi-Colour Jet Black berukuran 19 inci
  • Tayar bercampur dan ‘run flat’
  • Suspensi adaptif
  • Brek M Sport dengan angkup M Sport biru dengan logo M
  • Ekzos berbentuk trapezium serta sisipan peresap (diffuser) yang unik
  • Stereng kulit M
  • Kerusi sport untuk pemandu dan penumpang
  • Kemasan trim adalam Aluminium Rhombicle
  • Upholsteri kulit Dakota
  • Pelapik bumbung anthracite BMW Individual
  • Pencahayaan ambien
  • Bumbung kaca elektrik
  • BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi BMW 7
  • BMW Intelligent Personal Assistant
  • Dua port USB
  • Fungsi dan keterhubungan 4G LTE
  • Pengemaskinian Perisian Berjarak Jauh
  • Kluster instrumen 12.3 inci dan skrin sentuh Paparan Kawalan 12.3 inci
  • Butang kawalan hitam berkilat pada konsol tengah
  • Pembesar Suara HiFi
  • Comfort Access
  • Penyaman udara automatik dengan 4 zon kawalan
  • Tirai gulung elektrik untuk tingkap belakang
  • Bantuan Memandu (Driving Assistance)
  • Amaran Pengeluaran dan Penukaran Laluan (Lane Departure and Lane Change Warning)
  • Amaran perlanggaran hadapan dengan intervensi brek
  • Pencegahan perlanggaran belakang dan amaran perentasan trafik
  • Parking Assistant Plus dengan kamera Pandangan Keliling (Surround View)
BMW 530e M Sport LCI

Seperti 530i, model ini juga boleh dilengkapi dengan pakej BMW M Performance Parts yang merangkumi gril ‘kidney’ hitam berkilat, cermin sisi gentian karbon, jalur dan skirt sisi M Performance, spoiler hitam matte, trim bampar belakang hitam berkilat dan ‘diffuser’ hitam matte. Ia dijual pada harga RM17,410.29 namun pelanggan boleh menikmati diskaun 10 peratus dari sekarang hingga 31 Disember 2021.

Previous post

BMW 530i M Sport LCI Kini Di Malaysia - RM384,941 Tanpa SST

Next post

Kilang Torslanda Volvo Cars Kini Climate Neutral

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *